PUSAT SUKAN UMPSA         

PUSAT SUKAN UMPSA        

News & Info

FTKPM,FIM KUASA BAHARU OLAHRAGA UMP,RANGKUL KEJUARAAN BERSAMA TEMASYA OLAHRAGA UMP Malaysia 2023.

KUANTAN,17 June 2023 | Fakulti Kejuruteraan Teknologi Pembuatan Dan Mekatronik (FTKPM-THE GRYPHON) dan Fakulti Pengurusan Industri (FIM-BENGAL TIGER) muncul Juara Bersama Temasya Olahraga UMP 2023 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur,Kuantan semalam.
 
Kedua dua kontinjen berjaya merangkul 5 pingat emas,2 pingat perak dan 3 pingat gangsa daripada keseluruhan 24 acara trek dan padang yang dipertandingkan pada kejohanan kali ini.FTKPM-THE GRYPHON mengungguli acara 3000 Meter Wanita,1500 Meter Lelaki,800 Meter Lelaki,Lompat Jauh Lelaki dan 4x400 Meter Lelaki manakala FIM-BENGAL TIGER unggul bagi acara 1800 Meter Wanita,4x400 Meter Wanita,100 Meter Wanita,200 Meter Wanita dan 4x400 Meter Wanita.
 
Nurul Shahizanadwa Binti Ahmad Salihin dari FIM-BENGAL TIGER muncul Ratu Pecut UMP apabila muncul pemenang bagi acara 100 meter wanita dengan catatan masa 15.9 saat manakala gelaran Raja Pecut UMP 2023 dimenangi oleh pelari dari FTKEE-DINO THUNDER,Syahmi Afiq Bin Kamaruzaman dengan catatan masa 12.0 saat.
 
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Besar (HEPA) Puan Haryani Abudullah dan juga Setiausaha Kerhormat Persatuan Olahraga Negeri Pahang (POP) Dato’ R Anamalai.Turut hadir En. Nur Adam Maximillian,Pegawai Belia Dan Sukan Kanan mewakili Pengarah Pusat Sukan UMP.
 
Seramai 500 pelajar terlibat dalam kejohanan kali ini melibatkan atlet dari 9 fakulti dan sukarelawan petugas teknikal kejohanan.

SUKAN MASSA MASUM 2023: 3 PINGAT PERAK DISUMBANGKAN PASUKAN ORIENTERING UMP.

Berikut ialah pencapaian yang dirangkul oleh pasukan Orientering UMP pada Kejohanan Sukan Massa MASUM 2023 yang berlangsung di Unisza, Gong Badak Terengganu apabila berjaya membawa pulang pingat Perak bagi setiap kategori seperti berikut;
 
KATEGORI: INDIVIDU WANITA
MUNIRAH BINTI MAHADIR
 
KATEGORI: BERPASUKAN LELAKI
MUHAMMAD DANIAL BIN BURKHANUDDIN
AHMAD FAUZAN BIN FAZAL
WAN MOHAMAD ALIF AIMAN BIN WAN YUSOF
 
KATEGORI: BERPASUKAN WANITA
NUR SARIHAH BINTI MOHD DARUS
SITI HAJAR BINTI AHMAD
NURULL HIDAYAH BINTI JASMAN
 
Tahniah diucapkan kepada pasukan Orientering UMP yang telah mengotakan janji mereka untuk membawa pulang pingat pada penyertaan mereka pada kali ini. Semoga beroleh kejayaan pada kejohanan yang seterusnya selepas ini.
 
 
DEMI UMP
MAJULAH UMP
UMP BOLEH

UMP BERSEDIA SAHUT CABARAN

GAMBANG, 12 JUN 2023 | Kontigen Universiti Malaysia Pahang bersedia menyahut cabaran pada program kejohanan sukan yang akan berlangsung sepanjang Jun ini apabila mendapat laungan dan kata-kata semangat dari Yang Hormat Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin Naib Canselor UMP pada Majlis Penyerahan Bendera Kejohanan Sukan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Universiti Malaysia yang berlangsung tengahari semalam.
Sepanjang Jun ini, terdapat 5 kejohanan sukan anjuran KPT dan MASUM yang akan disertai oleh atlit UMP antaranya ialah;
 
1 KEJOHANAN SUKAN MASSA MASUM 2023 YANG AKAN BERLANGSUNG TARIKH : 14 SEHINGGA 18 JUN
BERTEMPAT : UNIVERSITI SULTAN MIZAN, UNISZA.
ACARA : BOLING TENPIN, ORIENTEERING DAN WOODBALL.
 
2 KEJOHANAN BERBASIKAL LE TOUR DE IPT
TARIKH : 15 SEHINGGA 20 JUN
BERTEMPAT : DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
 
3. KEJOHANAN VARSITY AERODANCE CHAMPIONSHIPS TARIKH : 22 SEHINGGA 25 JUN
BERTEMPAT : DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
4. KEJOHANAN MENEMBAK 10 METER ANTARA IPT DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA KE-17
TARIKH : 13 SEHINGGA 18 JUN
BERTEMPAT : DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
 
5. 7TH UNISZA OPEN ARCHERY CHAMPIONSHIPS 2023
TARIKH : 13 SEHINGGA 18 JUN
BERTEMPAT : DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, UNISZA.
 
Dalam ucapan Yang Hormat Naib Canselor menyarankan supaya atlit UMP dapat memberi cabaran yang sengit kepada lawan dalam apa juga keadaan tanpa mengira keputusan yang berpihak kepada sesiapa. ‘ Menang atau kalah adalah perkara yang kedua, ianya merupakan adat permainan, tetapa cara kita memberi saingan dalam perlawanan serta semangat melawan adalah mengatasi segala-galanya dan membuktikan karektor kita di dalam gelanggang’, tegasnya.
 
Beliau turut berkeyakinan bahawa atlit pelajar UMP mampu menghasilkan sesuatu pada kejohanan-kejohanan yang akan disertai dan akan sentiasa mendoakan kejayaan utk kontigen UMP.
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Ismail, pengurus-pengurus pasukan, jurulatih dan atlit-atlit UMP.
Pada majlis tersebut juga turut diadakan penyerahan bendera kepada pasukan Teater UMP, Sendanika yang akan membuat persembahan pentas akhir pada Malam Ceritera Murba yang akan diadakan di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia pada 26 Jun 2023.
 
Yang Hormat Naib Canselor juga menyatakan rasa bangga diatas pencapaian pelajar UMP yang digelar aktivis kebudayaan ini yang telah mendapat penghormatan mengadakan persembahan di pentas akhir teater bagi program tersebut.
 
Semoga dengan amanat dan kata-kata semangat yang telah disampaikan oleh Yang Hormat Dato Naib Canselor dapat dijadikan pegangan atlit-atlit dan pelajar kebudayaan UMP dalam kejohanan dan pertandingan itu nanti.
Kita doakan yang
terbaik
 
untuk mereka.
Demi UMP
Majulah UMP
UMP Boleh.

KLINIK GOLF SIRI 1 DILANCARKAN

KUANTAN ,27 MEI 2023 |- Dalam usaha pencarian bakat baru dan memperkenalkan sukan golf kepada anak-anak muda, satu Klinik Golf Siri 1 anjuran Akademi Golf Negeri Pahang (AGP) telah diadakan dan dilancarkan pagi tadi bertempat di Mahkota Golf And Country Club, Kuantan.
 
Berobjektifkan untuk memperkenalkan sukan golf kepada anak-anak Pahang yang berusia bermula 10 sehingga 15 tahun ini diharapkan dapat dijadikan sebagai langkah pertama AGP untuk melahirkan ramai pemain golf amatur mahupun profesional pada masa akan datang dan untuk siri pertama ini, seramai 52 orang anak-anak muda Pahang tampil hadir mendapatkan ilmu sukan Golf.
 
Hadir pada majlis perasmian klinik tersebut ialah Exco Komunikasi dan Multimedia,Belia Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Yang Berhormat En Fadzil Mohamd Kamal selain Pengarah Majlis Sukan Pahang, En Zamri Hassan, Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Hj Ismail dan Pengarah Akademi Golf Nasional (UUM), Prof Madya Dr Zaherudin Othman.
 
Program ini juga merupakan rentetan dari usaha kerajaan negeri Pahang yang ingin menjadikan negeri Pahang sebagai Pusat Kecemerlangan Golf dengan penubuhan Akademi Golf Negeri Pahang yang telah dirasmikan oleh YAB, Menteri Besar Pahang pada September 2022 semasa pelancaran Pahang Pride Athlete dan UMP diberi tanggungjawap sebagai penyelaras Akademi tersebut.
 
Program klinik ini merupakan program yang kedua yang telah dilaksanakan oleh Akedemi Golf Negeri Pahang selepas penganjuran Kejohanan Golf Remaja Tertutup Pahang 2023 yang telah diadakan pada Mac yang lalu bertempat di Kelab Golf DiRaja Pahang.
 
Semoga usaha dan kolaborasi kesemua pihak iaitu kerajaan negeri Pahang, Majlis Sukan Pahang dan Universiti Malaysia Pahang ini dapat melahirkan lebih ramai atlit golf amatur mahupun profesional di negeri Pahang khasnya dan negara pada amnya.
 
UMP Boleh
Majulah UMP

LE TOUR DE IPT: ZUHAIRI MAZLAN CERIAKAN KEM UMPCT

Tahniah atlit berbasikal UMPCT, Saudara Zuhairi Mazlan apabila menempatkan diri dalam kelompok 5 terbaik bagi pelumbaan bukit pada Peringkat Pertama Le Tour De IPT dari Kolej Komuniti Segamat ke Utem, Melaka sejauh 96.4km pagi tadi seterusnya layak untuk disarungkan jersi Perlumbaan Polka Dot iaitu kelompok Raja Bukit.

Beliau membawa pulang hadiah saguhati RM100 yang telah disampaikan oleh pegawai kanan UTEM dan juga KPT pada penutup peringkat pertama tengahari tadi.

Begitu juga dua orang lagi pelumba UMPCT apabila menempatkan diri kelompok 15 terbaik perlumbaan apabila berkedudukan tempat ke 10 dan ke 11 iaitu Muhammad Lukman Alhakim Zulkifili yang mencatat masa 2 jam 18 minit 41 saat dan Asyrafulkhair Aseb yang mencatat masa yang sama.

Tahniah kesemua pelumba UMPCT. Semoga peringkat kedua Kreterium (perlumbaan catatan masa) pada hari esok mereka dapat memperbaiki lagi kedudukan terbaik mereka.

DEMI UMP
MAJULAH UMP
UMP BOLEH

#UMPMalaysia
#UMPSharing
#pskump
#pskump 
 
All reactions:
18AL-Muhaimin Ali, Arif Hakimie and 16 others
 
2
 
 
Like
 
 
 
Comment
 
 
Share
 
 

Comments

 
 
 

 

Write a comment…
 
 

SILAT SEABAD UM KE 14 2023: KILAUAN PINGAT DIBAWA PULANG

PETALING JAYA, 5 JUN 2023 | Kontigen Silat Universiti Malaysia Pahang tidak mengecewakan apabila tidak pulang dengan tangan kosong pada Kejohanan Pendekar Silat Seabad Ke-14 Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Universiti Malaya yang telah berlangsung di Evolve Mall, Ara Damansara semalam.
 
Mereka berjaya membawa pulang keseluruhan dengan 3 gangsa dan paling membanggakan 1 emas berjaya dibawa pulang.
 
Gangsa pertama melalui Nurhaiqal Faqrur Islam bagi kategori Kelas D Tanding Putra IPT selain 2 lagi gangsa disumbangkan oleh Muhammad Asyraf Mohd Yatim bagi kategori Kelas C Putra IPT dan Abang Mohd Faadhilah Awang Ahmad bagi kategori Kelas H Putra IPT.
Muhammad Nazrisyam Mohd Yassim paling cemerlang dan menambah keceriaan bagi kontigen UMP apabila merangkul Emas bagi kategori Kelas C Putra IPT apabila menewaskan pesilat dari UiTM Elite pada pertarungan yang berlangsung agak sengit dan mendebarkan.
 
Menurut Penyalaras Pasukan Silat UMP, Nor Azazi Mamat, sasaran kejohanan kali ini boleh dikatakan tercapai apabila pesilat-pesilat yang telah diletakan harapan telah berjaya menghasilkan sesuatu kepada kontigen dan ini amat menggembirakan keseluruhan pasukan.
 
‘ Ini akan dijadikan platform untuk memilih pesilat yang akan mewakili UMP pada cabaran seterusnya iaitu Kejohanan Sukan MASUM yang akan berlangsung pada Ogos di UTEM, Melaka nanti, dan saya boleh katakan, hampir kesemua pesilat yang dibawa ke kejohanan ini layak untuk dibawa ke Sukan Masum nanti’, tambahnya lagi.
Semoga kontigen Silat UMP akan meneruskan kecemerlangan ini pada kejohanan-kejohanan yang akan datang dan diharapkan akan terus meningkatkan usaha untuk meraih lebih banyak kejayaan.
 
UMP Boleh
Majulah UMP

UMP PEKAN JADI MEDAN PERLUMBAAN

KUALA PAHANG, 27 MEI 2023 |- UMP Kampus Pekan sekali lagi menjadi tumpuan pada minggu ini apabila menjadi medan perlumbaan bagi atlit berbasikal seluruh Pahang apabila diberikan tanggungjawap menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Kriterium Tertutup Negeri Pahang yang berlangsung pada 27 Mei 2023, Sabtu.
 
Kejohanan yang berkonsepkan Perlumbaan (Kriterium) ini mempertaruhkan 7 kategori utama Lelaki dan Wanita selain Ujian Masa Individu yang mempertandingkan 3 kategori utama yang mensasarkan penyertaan dari atlit berbasikal amatur seluruh negeri Pahang dan juga penjawat awam negeri.
 
Objektif utama kejohanan ialah untuk memberi peluang kepada atlit-atlit berbasikal amatur negeri untuk berkumpul bersama dalam mod perlumbaan dan mencabar potensi diri masing-masing selain ianya dijadikan platform untuk memilih atlit berbasikal yang akan mewakili Pahang bagi kejohanan Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota Kerajaan (MAKSAK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
 
Majlis perlepasan acara telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail sambil turut dihadiri oleh wakil dari MAKSAK Pahang, wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Pahang dan juga dari Persatuan Lumba Basikal Negeri Pahang yang merupakan penganjur utama kejohanan ini bertempat permulaan perlumbaan iaitu di Pusat Rekreasi Air UMP.
 
Semoga kejohanan berjalan dengan lancar dan teratur dan objektif kejohanan dapat dicapai dengan jayanya.
UMP Boleh
Majulah UMP

AKTIVIS SENI UMP MENGIKUTI PROGRAM MOBILITI DI YOGYAKARTA, INDONESIA

4 orang aktivis seni UMP merupakan sebahagian daripada delegasi pelajar mewakili Teras Kebudayaan UMP dalam perlaksanaan Program Mobiliti Antarabangsa ke Universitas Gadjah Mada dan Universitas Negeri Yogyakarta di Indonesia pada 21 Tahun UMP pada 12 hingga 15 Jun 2023 bertempat di Yogyakarta, Indonesia.
Program mobiliti ini merupakan salah satu daripada program Kembara 21 Tahun UMP yang memberi peluang kerjasama mahasiswa dalam bidang berkaitan kepimpinan dan siswazah universiti.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang

Seramai 108 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang terlibat dalam persembahan flashmob Madani (Citrawarna) bertempat di Teluk Cempedak, Kuantan. Kumpulan tarian Kencana Pawana Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian UMP di beri kepercayaan untuk membimbing pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Industri bagi menjayakan program Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang. Tarian-tarian Malaysia yang dipersembahkan adalah seperti Inang (Lemak manis), zapin (Sekapur Sireh) joget Pahang, Igal-igal, sumazau & persembahan khas Tarian Madani oleh Kencana Pawana.

NURUL ASHIKIN TERUS MENUAI PINGAT

KUANTAN -26 Mei 2023|- Ratu Lumba Jalan Kaki UMP, Nurul Ashikin Hussin terus menjadi sandaran Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk memburu pingat pada Kejohanan Varsity Track & Field Championship yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan bermula 26-28 Mei 2023.
 
Ini terbukti apabila atlit kelahiran Kuala Lumpur itu terus menyumbang pingat Perak bagi acara 5000m Berjalan Kaki Wanita pada hari pertama kejohanan tersebut berlangsung dibelakang pemenang pingat Emas yang dimenangi oleh atlit dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
‘Saya tetap berpuas hati, walaupun gagal membawa pingat Emas, tetapi masih mampu memberi saingan kepada atlit UPM yang ternyata mempunyai kelebihan sejak awal perlumbaaan dan kami bersaing sehingga ke garisan penamat’, ujar beliau.
 
Beliau turut menambah, keadaan cuaca yang agak panas turut memberi kesan kepada perlumbaan dan beliau cuba untuk menamatkan acara dengan catatan masa
terbaik
 
.
UMP turut menghantar beberapa lagi wakil pada kejohanan ini seperti acara 1500m,10000m, Lompat Jauh,Lempar Cekera dan Lontar Peluru bagi kategori Lelaki, manakala Nurul Ashikin merupakan wakil tunggal UMP bagi kategori Wanita untuk acara 5000m Berjalan Kaki.
 
Semoga ada penambahan pingat lagi bagi pasukan UMP selepas ini bagi acara yang akan bersambung semula pada hari Sabtu dan Ahad. Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
Semua acara boleh ditonton di saluran Youtube seperti pautan berikut:
Image

— Contact

Pusat Sukan UMPSA
Kompleks Sukan Universiti
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang,Kuantan
MALAYSIA