PUSAT SUKAN UMPSA         

PUSAT SUKAN UMPSA        

News & Info

UMPSA TERIMA GERAN PADANAN SUKAN RM 100,000.00 BAGI PELAKSANAAN UMPSA PEKAN BRIDGE RUN 2023

4 Ogos 2023, Putrajaya

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menyaksikan perkhabaran gembira apabila Kementerian Perpaduan Negara telah bersetuju menjadi Rakan Strategik Utama dalam pelaksanaan Program UMPSA Pekan Bridge Run 2023 melalui insiatif Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani.

Encik Nur Adam Maximillian, Pegawai Belia & Sukan Pusat Sukan & Kebudayaan telah mewakili Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang juga merupakan Pengerusi Induk Bersama UMPSA Pekan Bridge Run 2023 telah menerima Geran Padanan Sukan sebanyak Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja (RM 100,000.00)

Pihak UMPSA mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan komitmen Kementerian Perpaduan Negara pada program ini dalam usaha menanamkan semangat perpaduan dan kecintaan kepada negara melalui aktiviti rekreasi sukan dalam kalangan warga Malaysia dan UMPSA secara amnya.

Semoga suntikan dana ini dapat meningkatkan lagi usaha dan inisiatif kita semua dalam membudayakan perpaduan serta meraikan kepelbagaian. Seramai kira-kira 2,200 peserta dan jawatankuasa pelaksana akan terlibat untuk penganjuran sulung program ini.

Terima kasih Kementerian Perpaduan. Semoga dipermudah urusan semuanya.

“Wisdom Drives Excellence”

UMPSA UNGGULI CARTA LIGA PREMIER FUTSAL IPT FASA 2

Pasukan futsal UMPSA muncul peneraju Liga Premier Futsal IPT Fasa 2 2023 apabila berjaya mengumpul 25 mata melalui 8 kemenangan dan 1 seri daripada 9 perlawanan pusingan 1 dan ke 2.
 
Kedudukan pasukan futsal UMPSA Malaysia dalam Liga Premier Futsal IPT 2023 selepas 9 perlawanan.

Minggu Gemilang Taekwondo UMPSA.

Pasukan taekwondo UMPSA Malaysia melengkapkan minggu yang gemilang pada minggu ini apabila Calvin Li Wen Jiun meraih pingat emas dalam acara 87kg keatas bagi melengkapkan 5 pingat yang berjaya dimenangi oleh UMPSA daripada keseluruhan 9 acara yang disertai dalam Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023 yang berlangsung 15-20 Ogos 2023.

Berikut adalah senarai pemenang pingat dari pasukan Taekwondo UMPSA.

Tahniah dan Syabas kepada atlit taekwondo UMPSA Malaysia atas kejayaan memenangi pingat di Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023.

Nama atlit : Calvin Li Wen Jun
Pingat : Emas
Kategori : 87 kg keatas.

Nama atlit: ANIS AYU SYAFIQAH BINTI MOHAMAD NABZHAM
Pingat : Perak
Kategori: FIN (46kg)

Nama atlit: MUNIRAH BINTI MAHADIR
Pingat : Gangsa
Kategori: FLY (49kg)

Nama atlit :MUHAMMAD SYAFIQ HAFIZI BIN SALAMUN
Pingat : Gangsa
KategoriI:LIGHT (74kg)

Nama atlit : Nurul Hanan Binti Khaziman
Pingat : Gangsa
Kategori : 73 kg keatas.

UMPSA HEBAT!!!

#umpsasharing
#umpsamalaysia
#pusatsukandankebudayaanumpsa
#pskumpsa
#elgineers
#umpkiniumpsa
#karnivalsukanmasum2023
#MASUM2023
#BersatuKeArahKegemilanganSukanUniversiti 
 
 
 
 
 
Share
 
 

Comments

 
 
 

 

Write a comment…
 
 
 

Tahniah dan Syabas!!

Tahniah dan Syabas atlit taekwondo UMPSA Malaysia ,Calvin Lin Wien Jiun apabila berjaya memenangi Pingat Emas bagi kategori 87kg ketas.
Tahniah Calvin!!!
UMPSA Hebat!!!
 

Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023, USIM.

Dengan berakhirnya Karnival Sukan MASUM Fasa 1 yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini, berikut ialah kedudukan terkini pungutan pingat bagi keseluruhan kontigen yang mengambil bahagian.
 
UMPSA berkedudukan ditempat ke-7 dengan mengutip keseluruhan sebanyak 5 pingat iaitu 1 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa. Kesemua pingat diraih melalui sukan taekwando. Paling cemerlang ialah Calvin Lim yang berjaya memenangi pingat emas bagi acara Heavyweight (87kg keatas) tengahari tadi.
 
Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMPSA mengucapkan tahniah kepada semua atlit yang telah berjaya membawa pulang pingat dan tidak ketinggalan juga kepada kesemua atlit yang telah bertanding di Fasa 1. Dikesempatan ini PSK UMPSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah bersama terlibat secara langsung dalam penyertaan kontigen UMPSA pada Fasa 1 ini terutama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Profesor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamad, Pengurus Besar (JHEPA), Puan Haryani Abdullah dan Pengarah Perkhidmatan Pelajar, En Raizalhilmy Bin Mohd Rais serta kakitangan di JHEPA, Jabatan Bendahari UMPSA, Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Harta (JPPH), dan juga Pusat Kesihatan Universiti (PKU) semoga kerjasama dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 
Tahniah dan jumpa lagi di Karnival FASA 2 di Utem, Melaka.
 
Demi UMPSA
UMPSA Boleh
Majulah UMPSA
 

Selamat Berjuang ATLIT UMPSA!!

Diucapkan Selamat Berjuang Dan Bertanding kepada atlit-atlit Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) ke 2 kejohanan utama yang akan disertai sepanjang bulan ini.
 
1.KEJOHANAN SUKAN MASUM FASA 1 DAN 2 DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) DAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM).
Seramai 160 Atlit UMPSA akan mengambil bahagian pada Karnival SUKAN MASUM yang akan berlangsung di USIM Fasa 1 (14-20 Ogos) dan UTEM Fasa 2 (22-29 Ogos). Antara acara yang akan disertai oleh UMPSA pada Fasa 1 ialah Bola Baling (L&W), Bola Tampar (L&W), Taekwando, Bola Keranjang (L), Memanah dan Menembak manakala Fasa 2 ialah Ragbi 15’s, Pencak Silat, Karate, Petanque dan Berbasikal MTB.
2. KEJOHANAN LIGA FUTSAL IPT Sirkit 2, DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 15-20 Ogos 2023.
Setelah cemerlang pada Sirkit Pertama di UNISZA pada Mac yang lalu, kini pasukan futsal UMPSA hadir pada Sirkit Ke-2 dengan reputasi cemerlang sebagai pasukan yang tidak pernah tewas sepanjang kejohanan berlangsung. Seramai 16 orang pemain diringi oleh 4 orang pegawai yang akan terus memastikan kecemerlangan sebelum ini dapat diteruskan agar dapat melayakkan diri dalam kelompok terbaik untuk bertanding pada pusingan bagi merebut kejuaraan Liga Futsal IPT nanti.
 
Menyentuh mengenai 2 kejohanan utama yang akan disertai oleh atlit-atlit UMPSA ini, Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMPSA, En Mohd Aznorizamin Haji Ismail yang ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontigen UMPSA semalam, mengharapkan agak penyertaan dua kejohanan utama ini dapat dijadikan platform yang terbaik untuk melihat hasil program pembangunan sukan di UMPSA.
‘Rata-rata pasukan yang dihantar pada dua kejohanan utama ini adalah pasukan yang telah melakukan persiapan yang rapi dan pasukan yang terpilih mengibarkan bendera UMPSA adalah berdasarkan komitmen serta perancangan yang telah dilakukan oleh Bahagian Persediaan Atlit PSK, jadi besarlah harapan saya agar hasilnya dapat dilihat di kejohanan-kejohanan ini setelah benihnya telah lama dituai’ jelasnya lagi.
 
Beliau juga mengharapkan agar atlit UMP dapat bertanding dengan semangat juang yang tinggi serta dapat menjaga nama UMPSA sepanjang kejohanan berlangsung.
Didoakan agar kejayaan dan keselamatan mengiringi atlit-atlit UMPSA sepanjang misi mengibarkan bendera dan memburu kejayaan.
 
DEMI UMPSA
UMPSA BOLEH
MAJULAH UMPSA
 

TAHNIAH BUAT DUA ATLIT UMP

PUTRAJAYA, 20 Julai 2023 - Tahniah diucapkan kepada dua orang atlit Lelaki dan Wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) apabila dianugerahkan sebagai Atlit Terbaik Universiti Malaysia Pahang pada Majlis Anugerah Sukan Masum 2022 yang telah berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya malam semalam.

Penerima Atlit Terbaik (Wanita) dianugerahkan kepada Ratu Jalan Kaki UMP, Nurul Ashikin Binti Hussin dari sukan Olahraga sementara penerima Atlit Terbaik (Lelaki) dianugerahkan kepada atlit Futsal UMP, Muhammad Amirul Aiman Bin Hairol Nizan.

Pemilihan mereka sebagai penerima anugerah pada majlis tersebut adalah berdasarkan pencapaian dan penyertaan mereka pada kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini seperti Sukan Sea dan kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) selain penyertaan kejohanan domestik peringkat IPT dan kebangsaan.

Turut hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Mohamed Khalid Bin Nordin itu ialah Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP selaku Setiausaha Agung MASUM , Encik Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail, Pegawai Belia Dan Sukan Kanan UMP, Encik Al-Muhaimin Ali dan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Kanan UMP, Encik Abu Sufian Mokhtar.

Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat atlit UMP untuk terus mengharumkan nama UMP dalam arena sukan tanah air.

DEMI UMP
UMP BOLEH
MAJULAH UMP

#UMPMalaysia
#UMPSharing
#pskump
#elgineers 

 

Pementasan Teater Abyad

Telah berlangsung pementasan teater Abyad pada 26 dan 27 Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, UMP Pekan.
Produksi teater Abyad dianggotai oleh 37 orang mahasiswa tahun satu hingga tahun akhir pelbagai fakulti. Abyad mengisahkan tentang 5 orang sekawan yang ingin merakamkan aktiviti paranormal di sebuah sekolah lama tetapi bertukar menjadi tragedi dan menyingkap rahsia pelajarnya. Naskah ini merupakan karya Muhammad Haiqal Bin Kamarudin mahasiswa tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik.
Seramai 400 orang penonton yang menyaksikan pementasan ini. Turut sama hadir memberikan sokongan adalah Profesor Madya Dr Hamdan Bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Dr. Ahmad Johari Bin Mohamad, Pensyarah FTKEE serta alumni-alumni UMP.

PENYERTAAN SULUNG UMP VARSITY AERODANCE CHAMPIONSHIP 2023 22-25 Jun 2023

Buat julung kalinya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Varsity Aerodance Championship di The Oval, Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.
Universiti Malaysia Pahang (UMP) tidak terkecuali menghantar penyertaan sulung bagi menyokong program ini. Pertandingan saringan 9 buah kumpulan peserta Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) diadakan pada pagi 24 Jun 2023 telah melayakkan kumpulan UMP mara ke peringkat akhir bersama 4 kumpulan Universiti yang lain.
UMP mendapat tempat keempat membawa pulang cenderamata, wang tunai RM300 dan sijil. Kumpulan tuan rumah UMS muncul sebagai juara diikuti tempat kedua Universiti Teknologi Petronas (UTP), tempat ketiga Politeknik Malaysia dan tempat kelima Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Turut sama hadir menyempurnakan majlis adalah Ybrs Puan Mazidah binti Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Strategik, KPT dan Ybhg Prof. Madya Dr. Raman Nordin, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS.

VARSITY AERODANCE CHAMPIONSHIP 2023

Pusat Sukan & Kebudayaan mengucapkan selamat maju jaya kepada kontigen Aerodance Universiti Malaysia Pahang ke Varsity Aerodance Championship anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah bertempat di The Oval, Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah pada 22-25 Jun 2023.