PUSAT SUKAN UMPSA         

PUSAT SUKAN UMPSA        

News & Info

Kejohanan Golf Tertutup 2024 kukuh hubungan UMPSA,MSP,JBS Negeri dan MBNP.

 
 
Kuantan,20 Januari 2024-Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA)En.Mohd Aznorizamin Bin Hj.Ismail telah di jemput untuk menyertai Kejohanan Golf Tertutup 2024 anjuran Majlis Belia Negeri Pahang dengan Kerjasama Majlis Sukan Pahang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
 
Objektif penganjuran ini adalah bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara MSP, JBS Negeri Pahang, MBNP dengan UMPSA.
Kejohanan ini turut di sertai oleh Pengarah Majlis Sukan Pahang,En.Zamri Bin Hassan,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang,En.Mu'azamir Hj Jili dan Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang. Kejohanan ini berlangsung pada 20 Januari 2024 bertempat di Kelab Rekreasi Indera Kuantan.
 
Peluang yang ada digunakan untuk bertukar-tukar fikiran dan merancang program yang akan datang yang dapat memberi manfaat kepada jabatan dan institusi yang terlibat untuk pembangunan dan memperkemaskan lagi ekosistem sukan negeri khasnya dan negara pada amnya.
 
Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA,En.Mohd Aznorizamin kerana berjaya meraih tempat ke-4 Kategori VIP.

Aktiviti Berkayak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 Sempena Pemukiman MPP Siri I

18 Januari 2024 (Khamis)
Pusat Rekreasi Air
Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Al Sultan Abdullah UMPSA turut sama dalam aktiviti berkayak bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA.
Program turut dihadiri Puan Haryani binti Abdullah, Pengurus Besar HEPA , Encik Mohd Aznorizamin bin Hj. Ismail, Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMPSA dan pegawai-pegawai Pusat Sukan & Kebudayaan .
Tahniah dan selamat menjalankan tugas buat kesemua 27 orang Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024 yang akan diketuai Saudara Muhammad Haykal Halid, Yang Dipertua MPP 2023/2024.
 
 
 

Bengkel Pemantapan Pelan Strategik Pusat Sukan & Kebudayaan UMPSA 2023/2024

 
4 - 5 Januari 2024
VIP Lounge Perpustalaan UMPSA Pekan
Sesi riadah bagi pembudayaan gaya hidup sihat turut diadakan iaitu berkayak, memancing dan kayuhan paddle boat di Tasik Pusat Rekreasi Air UMPSA Pekan.
Ke Arah Kegemilangan Sukan Universiti

Tahniah regu UMPSA Malaysia muncul Naib Johan Kategori Elite Kejohanan Varsitt Sepak Takraw League (GrandFinal) 2023.

KEPUTUSAN KEJOHANAN VARSITY SEPAK TAKRAW LEAGUE (GRAND FINAL)
🏷️ SEPAK TAKRAW (REGU)
📌 3 DIS
⏰ 9.30 am
🏟️ DEWAN KOMPLEKS SUKAN UITM SHAH ALAM
PERINGKAT AKHIR
UMPSA - (0) VS (2) - UPNM
Keputusan Kategori Elite
Johan - UPNM A
N. Johan - UMPSA
Tempat ke-3 bersama - KKMAS/UMT

UMPSA FC RAIH TEMPAT KE-3.

 
 
 
BANGI, 13 JANUARI 2024- Pasukan Bolasepak Univesiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, UMPSA FC berjaya menempatkan diri dikelompok terbaik kejohanan apabila meraih tempat ke-3 pada Kejohanan Bolasepak Liga IPT Divisyen 3, 2023 pada kejohanan yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 5 sehingga 13 Januari lalu.
Walaupun sasaran untuk melayakkan diri secara merit ke divisyen 2 Liga IPT tidak kesampaian, anak-anak buah jurulatih berpengalaman Zulhamizan Zakaria ini telah menunjukkan satu permainan dan saingan yang sengit kepada pasukan lawan yang ditemui sepanjang kejohanan berlangsung.
 
UMPSA FC memulakan kejohanan dengan langkah kiri apabila tewas pada perlawanan pertama 0-2 kepada Universiti Tun Hussien On Malaysia (UTHM) sebelum bangkit menerusi kemenangan 4-2 menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim (UNISHAMS). Kemenangan terus diraih oleh UMPFC dengan menewaskan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dengan jaringan besar 5-1.
Walau bagaimana pun, kemaraan pasukan UMPSA FC, tersekat di peringkat Separuh Akhir apabila tumbang 0-2 kepada Universiti Tenaga Nasional (Uniten) walaupun menguasai sepenuhnya permainan sebelum melakukan kebangkitan pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 dengan membenam Kolej Islam Antrabangsa Sultan Ismail (KIAS) dengan kemenangan 4-0 hasil jaringan hatrik Nik Muhammad Aidil Hakim.
 
 
Jurulatih pasukan, Zulhamizan Zakaria melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pasukan UMPSA FC pada kejohanan ini walaupun pasukan ini baru dibentuk dalam tempoh kurang 2 bulan.
‘Saya berpuas hati dengan kesemua pemain yang ada yang telah menunjukkan kesungguhan selain mereka faham kehendak dan cara permainan yang saya mahukan dalam setiap perlawanan dan saya yakin, jika pemain ini masih dikekalkan dalam tempoh 2-3 bulan lagi, UMPSA FC akan lebih bersedia untuk kejohanan yang lebih mencabar’ ujarnya lagi.
 
UMPSA FC, pulang dengan wang tunai hadiah kemenangan sebanyak RM2,000 selain medal yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan
Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada majlis penyampaian hadiah kejohanan sejurus tamat perlawanan akhir antara UTHM dan UNITEN malam tadi.
Semoga UMPSA FC, terus cemerlang dan success pada kejohanan yang akan datang.
DEMI UMPSA
MAJULAH UMPSA
UMPSA BOLEH

Tahniah atlet karate UMPSA Malaysia atas pencapaian di 8TH KL MAYOR CUP KARATE CHAMPIONSHIP 2023

Tahniah atlet karate UMPSA Malaysia atas pencapaian di 8TH KL MAYOR CUP KARATE CHAMPIONSHIP 2023
🗓️ 1-3 DISEMBER 2023
🏟️ STADIUM TITIWANGSA KUALA LUMPUR
🥋 KUMITE LELAKI
1 Pingat Emas
2 Pingat Gangsa
🥇Reyon Handeri (-60 kg)
🥉Sudan A/L Kumar (-67 kg)
🥉Aidil Nariman Bin Atak @ Ibrahim (-60 kg)
🥋 KUMITE WANITA
1 Pingat Gangsa
🥉Yuvanisha A/P Suppiah (-60 kg)

PASUKAN BOLASEPAK WANITA UMPSA Malaysia LOLOS KE SUKU AKHIR.

Gambang,24 November 2023-Pasukan bolasepak wanita UMPSA mencipta sejarah peribadi tersendiri apabila berjaya melayakan diri ke peringkat kalah mati atau pusingan Suku Akhir Karnival Bolasepak Wanita 7's IPT 2023.
 
Perlawanan terakhir menentang UniKL menjadi perlawanan penentuan bagi kedua dua pasukan bagi merebut 1 lagi slot dari Kumpulan B yang turut dibarisi pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) Sekolah Sukan Malaysia Pahang(SSMP) dan Sekolah Sukan Negeri Seri Kota,Melaka.
 
UMPSA yang dibimbing oleh gandingan jurulatih Mohd Farid bin Hj Md Ali dan Wan Suratman Adenan berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0.
Diperingkat suku akhir,UMPSA akan menentang Juara Bertahan,Universiti Teknologi Mara(UiTM) pada Sabtu,25 November 2023 jam 4.30 petang.
 
Sementara itu, UiTM dan SSMP A meneruskan dominasi kejohanan serta menepati ramalan apabila mudah untuk melayakan diri ke peringkat Suku Akhir bersama lagi 5 pasukan lain iaitu UPNM,UPSI, UPM, SSMP B dan juga Sekolah Sukan Negeri Seri Kota, Melaka dimana mereka akan berentap pada pusingan kalah mati yang dijadualkan berlangsung pada petang ini.

SENANDIKA SHOW TIME ‘24

 

PEKAN, 6 Januari 2024 – Berlangsung Program Teater ‘Senandika Showtime (SST)24’ pada 6 dan 7 Januari 2024 bertempat di Dewan Peperiksaan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).  Program yang terbuka khas kepada ahli baru Kelab Teater Senandika sebagai langkah permulaan dan pendedahan mengenai pembikinan sebuah produksi teater. Sebanyak lima buah naskah yang telah dipilih untuk pementasan program. Seramai 65 orang tenaga produksi yang terdiri daripada pengarah, pengurus pentas, krew busana dan tatarias, rekaan set dan hiasan, teknikal audio dan pencahayaan, publisiti dan hebahan, serta para pelakon bagi lima produksi pementasan. Set pentas yang diusahakan adalah secara eksperimental dan minimalis dengan konsep pementasan ‘black-box’.

Melalui program SST24 ini, pelajar dapat mengenali dan mendalami ilmu pementasan teater sekaligus membuka peluang bagi mengcungkil dan mengembangkan bakat dalam diri serta memupuk minat terhadap dunia teater. Aktiviti teater dapat mengajar mahasiswa dalam mengendalikan sesebuah program yang berimpak tinggi, penyelesaian masalah serta dapat meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam diri. Dianggarkan seramai 300 orang penonton yang hadir pada kedua-dua hari pementasan.

Program SST’24 ini telah menjadi acara tahunan dan platfom bagi persediaan pengurusan produksi dan persembahan untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

 

UMPSA JULANG KEJUARAAN FUTSAL LIGA PREMIER 2023

 
 
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan Futsal (Lelaki) UMPSA apabila secara rasmi dinobatkan sebagai Juara Liga Premier Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2023 yang berakhir petang tadi bertempat di Azman Hashim Sport Arena USM, Pulau Pinang.
 
Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih futsal berpengalaman, Wan Suratman Adnan Wan Roslee itu cemerlang melalui 4 fasa kejohanan yang telah bermula sejak Mac yang lalu dan pada fasa terakhir di USM yang berakhir hari ini, pasukan UMPSA mengesahkan kejuaraan dengan mengutip mata keseluruhan iaitu 45 mata hasil 14 kemenangan, 3 seri dan hanya 1 kekalahan daripada jumlah 18 perlawanan yang dihadapi.
 
Lebih manis kejuaraan UMPSA diiringi oleh kejayaan peledak utama gol pasukan UMPSA, Muhammad Aizat Mohd Romzi dianugerahkan sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan dengan jumlah 16 jaringan yang telah dihasilkan sepanjang kejohanan manakala Muhammad Amirul Aiman Hairol Nizan pula dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Liga Premier 2023.
 
Dengan kemenangan ini pasukan Futsal (Lelaki) UMPSA membawa pulang Wang Tunai berjumlah RM8,000.00, Piala Pusingan, Piala Iringan beserta medal kejohanan dengan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UMPSA, Professor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed yang turut hadir meluangkan masa meraikan bersama-sama pegawai dan pemain pasukan.
 
Dengan kejuaraan ini, pasukan Futsal UMPSA akan dinaikan pangkat untuk bermain di Liga Super pada edisi LFIPT 2024 tahun hadapan dan akan bertanding dengan pasukan-pasukan yang lebih hebat dan pengalaman dalam sukan futsal IPT tempatan. Justeru, harapan Pengurus Pasukan Futsal UMPSA iaitu Al-Muhaimin Ali agar ada tambahan peruntukan dan tajaan luar ditagih dari pihak swasta, persendirian dan Alumni UMPSA bagi memastikan prestasi pasukan dapat ditingkatkan dan mampu memberi saingan dalam LFIPT 2024 nanti.
 
SYABAS DAN TAHNIAH!!
 

RATU TREK UMPSA CEMERLANG LAGI

UM, KUALA LUMPUR , 18 NOVEMBER 2023- Atlit lumba jalan kaki UMPSA dan Kebangsaan, Nurul Ashikin binti Hussin cemerlang apabila merangkul Emas bagi acara 5000m Berjalan Kaki Wanita pada Grand Final Varsity Track & Field 2023 yang berlangsung di Universiti Malaya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur 16-18 November 2023.
 
Dengan catatan masa 29:24:52 minit, Nurul Ashikin meninggalkan dua lagi pencabar iaitu dari UPM, Nurul Alyhaziqah Kamarazaman yang mencatat 30:51:21 minit ditempat kedua dan juga wakil UPSI, Nur Liyana Hazmi dengan catatan masa 35:06:01 minit untuk berkedudukan ditempat ke-3.
 
Ini merupakan pingat emas yang pertama disumbangkan oleh Nurul Ashikin pada kejohanan yang sama, apabila percubaan pada sirkit pertama di Kuantan tidak kesampaian apabila berada dibelakang atlit UPM untuk berkedudukan ditempat ke dua dan meraih Perak.
 
‘Saya amat berpuas hati pada Grand Final ini apabila misi saya untuk mendapatkan pingat Emas tercapai apabila percubaan di Kuantan pada sirkit sebelumnya tidak kesampaian. Sejak dari itu saya giat menjalani latihan untuk memastikan saya mampu membawa pulang emas untuk UMPSA, dan Alhamdulillah saya berjaya melakukan kali ini. Terima kasih kepada jurulatih saya dan juga Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA yang tetap memberi kepercayaan kepada saya untuk terus menyertai kejohanan’, ucap Nurul Ashikin.
 
Penutup 2023 yang sangat cemerlang untuk beliau apabila keazaman dan kekurangan pada kejohanan yang lepas diatasi dengan meneruskan usaha dan latihan yang tanpa jemu dan akhirnya menghasilkan sesuatu dan kejayaan. Diharapkan kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada kesemua atlit UMPSA dan diluar sana.
 
DEMI UMPSA
MAJULAH UMPSA
UMPSA BOLEH
Image

— Contact

Pusat Sukan UMPSA
Kompleks Sukan Universiti
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang,Kuantan
MALAYSIA