FTKMA kuasai Temasya Olahraga UMPSA 2024.

Kuantan,8 Jun ; Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif(FTKMA) muncul juara keseluruhan Temasya Olahraga UMPSA yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.
FTKMA berjaya meraih 8 pingat emas,2 pingat perak dan 6 gangsa mengatasi pencabar terdekat FIST yang meraih 4 emas,5 perak dan 1 gangsa ditempat kedua.
 
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang petang tadi ialah Encik Eizat bin Mokhtar,wakil Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA.
Turut sama memeriahkan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Pahang,Dato'.R. Annamalai.
 
Kejohanan pada kali ini berjaya menghimpunkan seramai 350 orang atlet dari 8 fakulti yang bertanding diharap dapat membudayakan sukan dikalangan pelajar UMPSA sebagai usaha ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup terutamanya dikalangan generasi muda.
 
Temasya Olahraga UMPSA yang diadakan setiap tahun ini juga merupakan satu medan dan medium bagi mencungkil bakat bakat baharu dan menyediakan peluang mewakili universiti ke kejohanan yang lebih kompetitif seperti Varsity Track & Field(VTF),MASUM mahupun SUKIPT.
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang bertanding.
 
UMPSA!!
JIWA JUARA!!

Print   Email