PEMENTASAN TEATER ‘ONCE BROKEN CONSIDER SOLD’

14 - 15 APRIL 2022 – Bertempat di Astaka, UMP Gambang, Kumpulan Teater Waris-Sekretariat Kebudayaan & Kesenian UMP dengan kerjasama Pusat Sukan & Kebudayaan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Pementasan Teater bertajuk ‘Once Broken Consider Sold’ (OBCS) karya Alif Adzham. Mengisahkan tentang konflik yang berlaku dalam sebuah keluarga di mana Sara, si ibu kepada Fatimah dan isteri kepada Nik telah kantoi berlaku curang bersama menantunya, Zul yang juga merupakan suami kepada Fatimah. Kejadian ini berlaku di tempat yang paling tidak terduga yang menyebabkan berlaku satu lagi salah faham antara keluarga ini dengan sebuah kumpulan gangster yang mencurigakan. Objektif program ini diadakan adalah meningkatkan kualiti bakat-bakat mahasiswa UMP dalam bidang seni teater,memperkenalkan kepada warga UMP tentang kepelbagaian jenis dan genre seni teater serta menaikkan nama UMP sebagai salah sebuah universiti teknikal yang mampu menghasilkan mahasiswa berbakat seni.

 

Nur Arissa Asfiera binti Shamsul Fadhli, pelajar tahun 3, Fakulti Pengurusan Industri, berkata “pementasan ini sangat menarik dan pengarahan yang mengkagumkan. Tak sia-sia saya dating menonton. Semua teater UMP tidak pernah mengecewakan saya lagi”. Arissa berharap orang ramai lebih terbuka untuk menerima karya seni pelajar-pelajar yang bukan dalam bidang seni tetapi masih mempunyai semangat dan daya saing yang tinggi dalam memartabat karya seni.

Alumni juga turut hadir memberikan sokongan kepada mahasiswa UMP. Ahmad Huzaifah bin Abdul Ghani, graduan UMP 2016 yang kini merupakan Jurutera Mekanikal di Aluminum Company of Malaysia Berhad. Beliau sangat teruja dengan pengarahan cerita ini. Manakala  pelakon-pelakon baru mempunyai bakat yang perlu terus digilap melalui peluang-peluang lakonan pementasan.

Pementasan ini dihadiri oleh 500 orang penonton dari kalangan mahasiswa dan alumni UMP serta penggiat-penggiat seni teater di Malaysia. Sokongan ini secara tidak langsung telah memberi semangat kepada tenaga produksi untuk kekalkan momentum persembahan pada kedua-dua hari pementasan.

Pengarah Teater OBCS, Muhammad Faris Ikmal bin Hisham turut melahirkan rasa puas dan bangga dengan semangat ahli produksi. Sebahagian besar tenaga produksi merupaka pelajar baru. “Harapan saya agar semangat ini kekal mekar untuk generasi akan datang. Theater is non-profit but benefit”. Beliau merupakan pelajar tahun akhir, Fakulti  Kolej Kejuruteraan.

Turut sama hadir memeriahkan hari kedua pementasan adalah En. Mohd Izzat Afifi bin Dato’ Hj. Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Belia Negeri Pahang.

 

Unit Komunikasi & Media Pusat Sukan Dan Kebudayaan


Print   Email