NURUL ASHIKIN AZAM JULANG NAMA UMP
Hits: 987
KUANTAN: Selepas berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Sea Hanoi 2022 buat pertama kali, atlit lumba jalan kaki wanita negara, Nurul Ashikin Hussin, yang juga merupakan pelajar dari Fakulti Pengurusan Industri UMP, kini memasang impian untuk menjulang nama negara dan juga UMP pada kejohanan dwi tahunan itu.
"Cita-cita saya adalah ingin menjadi antara penyumbang pingat kepada negara tetapi ia memang memerlukan kerja keras dan kesempatan yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin dan yakin mampu menjadikannya satu kenyataan”.
"Cita-cita saya adalah ingin menjadi antara penyumbang pingat kepada negara tetapi ia memang memerlukan kerja keras dan kesempatan yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin dan yakin mampu menjadikannya satu kenyataan”.
“ Saya akan membalas kepercayaan orang disekeliling saya yang telah banyak membantu dalam persiapan saya sebelum melayakkan diri ke Sukan Sea termasuk jurulatih, pensyarah-pensyarah yang banyak memberi ruang untuk saya berlatih selain pihak Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan sepanjang saya membuat persiapan sebelum ke Sukan Sea”, jelas nya.
Nurul Ashikin berjaya melayakkan diri ke temasya Sukan Sea Hanoi apabila layak secara merit selepas cemerlang mencatat masa terbaik bagi acara 20km berjalan kaki dengan masa 2 jam 01 minit pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang berlangsung pada Mac lalu.
Beliau ditemui pada majlis ringkas serahan Wan Saku kepadanya hasil sumbangan Universiti Malaysia Pahang di Watak Kopi, Gambang yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Rusllim Mohamad dan juga Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP. Mohd Aznorizamin Ismail pagi tadi 16 Mei 2022.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Rusllim Mohamad pula melahirkan rasa bangganya terhadap atlit lumba jalan kaki negara itu setelah mengetahui bahawa atlit tersebut telah bekerja keras untuk melayakkan diri ke Sukan Sea Hanoi.
“Beliau telah melakukan yang terbaik demi negara dan secara tidak langsung memikul nama UMP dibahunya, sudah pastinya kami di UMP sangat merasa bangga dengan penglibatan di pentas sukan terbesar Asia Tenggara ini dan saya yakin dengan usaha dan kerja keras beliau, beliau akan berjaya di Hanoi nanti’.
Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, Mohd Aznorizamin Ismail juga turut melaungkan keyakinan bahawa Nurul Ashikin bakal menyinar di Hanoi nanti.
“Saya difahamkan beliau telah mengorbankan masa cuti semester dan hari raya beliau untuk meneruskan latihan bersama jurulatih peribadinya sebagai persediaan ke Sukan Sea sejak 3 bulan lalu tanpa mengira bulan ramadhan atau pun Syawal dan untuk itu saya berkeyakinan Nurul Ashikin bakal menyinar di sana seterusnya mengharumkan nama UMP dan juga Negara’, ujarnya.
Nurul Ashikin merupakan atlit kedua yang mewakili negara pada kejohanan sukan terbesar selepas atlit Bola Baling Wanita negara dan UMP, Nur Amira Wahida Binti Wahid membuat penampilan pada Kejohanan Sukan Asia yang berlangsung di Palembang pada 2018.
Kami di Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP mendoakan kejayaan buat Nurul Ashikin seterusnya membawa pingat kemenangan untuk negara dan UMP.
Unit Komunikasi & Media
Pusat Sukan UMP
#UMPMalaysia
#UMPSharing
#PusatSukanUMPMalaysia
-
Mohamad Zulfadhli Che HassimGoodluck nanti kat hanoi kirim salam kepada player2 pasukan todak.
-
Like
-
Reply
- 2 d
-