UMP JANJI MENJADI PENGANJUR TERBAIK
Universiti Malaysia Pahang berjanji menjadi antara penganjur terbaik bagi Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia Kali ke-49 tahun 2022 yang akan dilangsungkan pada 27-28 Mei 2022 nanti dimana kejohanan ini juga yang akan mengumpulkan seramai lebih 250 pemain golf amatur yang terdiri dari kakitangan universiti awam Malaysia.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana kejohanan yang juga merupakan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Ismail berkata, kejohanan yang pertama kalinya dianjurkan oleh UMP ini diharapkan menjadi antara penganjuran yang terbaik dalam sejarah kejohanan ini diadakan dimana kesempatan menjadi penganjur kejohanan ini sudah pastinya akan digunakan sebaiknya oleh UMP.
‘Berdasarkan pengiliran bagi menganjuran kejohanan ini, tahun 2022 merupakan giliran UMP untuk menganjurkan kejohanan ini dan setelah berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi UMP yang diketuai oleh Naib Canselor UMP yang baru, Yang Hormat Prof Dato Dr Ts Yuserrie Zainuddin telah memberikan lampu hijau untuk UMP mengambil cabaran ini selaku penganjur dan Alhamdulillah, dengan kerjasama dengan semua pihak, peganjuran kali ini dapat direalisasikan di UMP’, ujarnya.
Beliau ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Kali-Ke 49 yang telah berlangsung di Bilik Mesyaurat Senat, UMP Kampus Gambang, petang semalam 9 Mei 2022.
‘Melalui mesyuarat ini, kita dapat mengumpul segala maklumbalas mengenai gerak kerja penganjuran bagi setiap bahagian yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejohanan ini dapat berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua jawatankuasa yang telah memikul tanggungjawap dengan sempurna walaupun masih dalam mood berhari raya, namun setiap gerak kerja dapat dijalankan dengan sempurna mengikut ‘time frame’ yang telah ditetapkan, dan kini UMP telah bersedia dengan penganjuran kali ini’, ujarnya lagi.
Turut hadir mempengerusikan mesyarat tersebut ialah Timbalan Pengerusi, Azizan Haji Azit yang turut berkeyakinan penganjuran kali ini akan menjadi antara kejohanan yang terbaik.
‘Dengan kerjasama yang telah diberikan oleh setiap jawatankuasa yang telah dibentuk, serta gerak kerja yang telah mengikut jadual, saya yakin penganjuran ini dapat dijalankan dengan jayanya dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berkerja keras bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur’, jelasnya,
Kejohanaan kali ini bakal mempertaruhkan 3 venue utama yang akan menguji kecekapan dan kreativiti pemain golf amatur universiti awam tempatan iaitu Kelab Golf di Raja Pahang,Kuantan, Kelab Golf Diraja Pekan dan juga Mahkota Golf And Country Club, Indera Mahkota yang kini telah bersedia untuk menerima pemain-pemain pada kejohanan yang akan berlangsung nanti.
UNIT KOMUNIKASI DAN MEDIA SUKAN.