PUSAT SUKAN UMPSA         

PUSAT SUKAN UMPSA        

News & Info

Atlet Silat UMPSA juga hebat di Sabah.

Kota Kinabalu,26 April ; Kontingen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) meneruskan rentak cemerlang di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia(MASUM) Fasa 1 di Universiti Malaysia Sabah(UMS) apabila berjaya meraih 1 pingat emas,2 pingat perak dan 2 gangsa melalui acara silat.
 
Selepas pasukan taekwondo berjaya memenangi 1 emas,1 perak dan 3 gangsa,kini giliran pasukan silat pula memberi sumbangan kepada pungutan pingat kepada kontingen UMPSA.
Muhammad Nazrisyam bin Yasim mengetuai senarai penyumbang pingat apabila berjaya meraih pingat emas menerusi kategori Tanding Putra C.
 
Meneruskan kecemerlangan silat ialah Nur Nazleen Yusreena binti Md Nazrudin dan Muhammad Zufar bin Kamarulzahrin apabila masing-masing menyumbang pingat perak melalui kategori Tanding Puteri Bebas dan Tanding Putra H.
 
Sementara itu atlet yang bertanding dalam kategori Tanding Putra B,Muhammad Faeiz bin Ahmad Ridzuan berjaya menempatkan diri dalam senarai penyumbang pingat kepada UMPSA apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori yang disertainya.
 
Turut menyumbang pingat ialah Nurhaiqal Faqrur Islam bin Norasid apabila membawa pulang pingat gangsa menerusi kategori Seni Tunggal Putra.
 
Kontingen UMPSA kini berada di tempat 10 terbaik daripada 20 universiti yang bertanding dengan pungutan 2 emas,3 perak dan 5 gangsa.
Tahniah kepada kontingen dan pasukan silat UMPSA.
 
UMPSA!!!
JIWA JUARA!!!

Taekwondo sumbang 1 Emas,1 Perak dan 3 Gangsa buat UMPSA Malaysia di Negeri Di Bawah Bayu.

Kota Kinabalu,26 April ; Pasukan taekwondo Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) cemerlang di bumi Sabah di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia(MASUM) Fasa 1 2024 apabila berjaya meraih 1 pingat emas,1 pingat perak dan 3 pingat gangsa.
 
Hadir pada kejohanan kali ini dengan kekuatan 9 orang atlet,pencapaian pada penyertaan pada kali ini antara yang terbaik yang diperolehi oleh pasukan taekwondo UMPSA di bumi Borneo.
Calvin Li Wen Jiun yang bertanding bagi Kategori 87kg Keatas Lelaki berjaya memberi keceriaan bagi pasukan apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori itu.
 
Pingat Perak pula disumbangkan oleh Muhammad Syafiq Hafizi Bin Salamun yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebelum tewas dalam kategori Bawah 74kg Lelaki.
3 Pingat Gangsa UMPSA berjaya diraih oleh Muhamad Amirul Bin Ahmad Nazri melalui kategori Bawah 80kg Lelaki,Anis Ayu Syafiqah bt Mohamad Nabzham yang bertanding dalam kategori Bawah 46kg Wanita serta Thivagar a/l Supramaniam yang bertanding dalam kategori Bawah 63kg Lelaki.
 
Tahniah diucapkan kepada pasukan taekwondo dan kontingen UMPSA.
 
UMPSA!!!
JIWA JUARA!!!

AYUH UMPSA!! Nama Baru Semangat Baru!!

 
Panji Perjuangan telah diserahkan, semangat semakin membara, obor perjuangan telah dinyalakan. Ayuh atlit UMPSA,gegarkan Sukan MASUM 2024!!
Sekitar Majlis Penyerahanan Bendera Kontigen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke Kejohanan Sukan MASUM 2024 yang akan berlangsung pada 22 sehingga 27 April bagi FASA 1 di UMS, Sabah dan 6 sehingga 12 Mei 2024 bertempat di Universiti Malaya bagi Fasa 2.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UMPSA, Prof Ts Dr Mohd Russlim Bin Mohamed sambil turut hadir Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail berserta pegawai-pegawai Sukan Kanan UMPSA.
Bersama-sama kita doakan Kontigen UMPSA pulang dengan kejayaan dan dipermudahkan segala urusan serta memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding kejohanan sebelumnya.
DEMI UMPSA
UMPSA BOLEH
MAJULAH UMPSA

Persembahan Tari Silat Madani & Kumpulan Muzik Asli Pusat Sukan & Kebudayaan mengiringi Perarakan Kereta Berhias UMPSA sempena Malam Karnival Rakyat Pahang 2024.

 

KUANTAN, 3 Februari 2024 – Seramai 25 orang pelajar terlibat dalam menjayakan persembahan iringan   kereta berhias Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sempena Malam Karnival Rakyat Pahang 2024 bagi memuliakan Keberangkatan Balik KDYMM Tuanku berdua ke Negeri Pahang Darul Makmur

Persembahan Kumpulan Muzik Asli Pusat Sukan & Kebudayaan mengiringi perarakan kereta berhias di sepanjang jalan 16km bermula dari Serambi Teruntum ke Dataran Sayangi Kuantan. Manakala Kelab Kencana Pawana mempersembahkan Tari Silat Madani dihadapan pentas utama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al- Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Yang Maha MuliaTengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba menyaksikan acara. 

 

UMPSA merupakan satu-satunya Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai perarakan kereta berhias ini disamping 11 daerah dan 9 agensi negeri Pahang. Kereta berhias UMPSA menampilkan konsep teknologi dengan tema ‘Pendidikan dan Teknologi untuk Masyarakat’. Reka bentuknya menampikan replika pintu masuk Istana Abu Bakar yang merupakan istana rasmi Sultan Pahang yang terletak di bandar Diraja Pekan. Selain itu, kereta berhias UMPSA turut menyampaikan mesej dengan mengajak masyarakat sama-sama  melindungi Raja Rimba iaitu Harimau Malaya yang merupakan ikon kebanggaan negara. 

 

Nurul Fatihah Binti Jamal, mahasiswa tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi Industri berasa bangga kerana dapat menyumbang kepada UMPSA dengan menyertai perarakan ini. “Ini merupakan persembahan terakhir saya sebagai penari UMPSA dan ia adalah satu penghormatan dan peluang yang hebat apabila dapat membuat persembahan di hadapan KDYMM Sultan Pahang.” Katanya lagi, “saya akan merindui suasana dan pengalaman menjalani latihan bersama ahli kelab, saling memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi, tawa dan air mata yang dikongsi bersama menjadikan kelab itu seperti sebuah keluarga di UMPSA, disatukan oleh kecintaan kami terhadap tarian dan komitmen yang tinggi serta sedaya upaya memberi yang terbaik kepada UMPSA”. Fatihah mengambil kesempatan ini berterima kasih terutamanya kepada para penasihat dan Pusat Sukan & Kebudayaan UMPSA atas peluang dan pengalaman yang luar biasa ini.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kesenian pelbagai kaum, pertunjukan bunga api dan persembahan nyanyian oleh artis Aina Abdul, Ameng Spring, Afieq Shazwan dan Roslan Madun serta iringan muzik orkestra daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

UMPSA Pilihan Tuan Rumah Kejohanan Merentas Desa MSSD Pekan.

Pekan,25 April ; Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) sekali lagi menjadi pilihan sebagai venue acara sukan anjuran agensi luar.
Pada kali ini UMPSA Kampus Pekan menjadi pilihan oleh Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Pekan sebagai venue Kejohanan Merentas Desa MSSD Daerah Pekan 2024.
 
Seramai lebih kurang 800 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah dari seluruh daerah Pekan telah mengambil bahagian dalam 6 kategori peringkat umur dan jantina itu.
Perlumbaan dengan jarak 4km itu melalui beberapa kawasan dengan pemandangan cantik disekitar kampus UMPSA Pekan.
 
Sebelum ini pelbagai agensi telah memilih UMPSA Kampus Pekan dan Kampus Gambang sebagai pilihan bagi dijadikan venue pertandingan berdasarkan kemudahan sukan dan kepakaran penganjuran yang disediakan melalui Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA.
 
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan kerana memilih UMPSA sebagai venue pertandingan pada kali ini.

KECEDERAAN SEKAT HAJAT NURUL ASHIKIN.

 
IPOH, 9 MAC 2024- Hajat atlit olahraga wanita UMPSA, Nurul Ashikin Hussin untuk menyumbang pingat kedua untuk UMPSA terbantut apabila kecederaan Achilis Tendon menghantui atlit tersebut menyebabkan beliau gagal menghabiskan larian pada acara larian 5,000m wanita pada Kejohanan Varsity Track & Field 2024 Sirkit I yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh semalam.
 
Beliau yang juga atlit negara dan prospek atlit ke Kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG), Surabaya pada Jun nnti mengalami kecederaan pada 2000m terakhir apabila mengalami kesakitan dan diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan.
 
Sehari sebelum itu, Nurul Ashikin berjaya merangkul pingat Perak bagi acara 5000m Berjalan Kaki (W) setelah mencatatkan masa 30m52s dibelakang atlit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Putri Yasmin Mohd Pisol yang merangkul emas dengan catatan masa 30m37s sementara gangsa diraih oleh atlit Management & Science University (MSU), Darshini Gobi dengan catatan masa 41m40s.
 
Walau bagaimana pun ini bukanlah catatan masa yang terbaik beliau kerana pernah mencatatkan masa yang lebih baik dan meraih Emas pada kejohanan yang sama pada 2023 lalu.
‘Saya perlukan sedikit masa untuk bangkit semula, tambahan kecederaan ini sedikit menganggu prestasi saya. Saya harapkan dapat kembali cergas dan sembuh seperti sedikala dan bersedia untuk sirkit selepas ini dan merebut tempat untuk ke AUG nanti’, jelas Nurul Ashikin lagi.
 
Semoga beliau segera sembuh dan kembali dilandasan yang tepat untuk menyumbang pingat untuk UMPSA dan juga negara pada AUG nnti.

PSK LAKSANAKAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KOMUNITI SETEMPAT

 
 
Satu Program ‘Corporate Social Responsibility’(CSR) untuk komuniti setempat telah dilaksanakan oleh PSK UMPSA bertempat di SMK Bukit Rangin, Kuantan pada 22 Januari 2024 semalam.
Program yang merupakan salah satu Pelan Strategik PSK ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran dan pengetahuan mengenai elemen Kecergasan bertajuk ‘Program Kecergasan Sukan Dan Intervensi Kesihatan’ itu telah diadakan dengan kumpulan sasaran iaitu pelajar Tingkatan 1 dan 2 seramai 289 orang pelajar di ketuai oleh Pegawai Belia Dan Sukan UMPSA, En Muhammad Eizat Bin Mokhtar dan juga 2 lagi staff PSK yang lain.
 
Sepanjang program tersebut berlangsung beberapa aktiviti ilmiah yang menjurus kepada kesedaran dan pengetahuan mengenai Kesihatan dan Kecergasan telah dicurahkan kepada para pelajar sekolah tersebut selain aktiviti cabaran yang menguji sejauh mana kefahaman pelajar-pelajar ini dalam aktiviti yang melibatkan kecergasan dan ketajaman minda.
Respond yang sangat positif telah diberikan oleh pelajar-pelajar ini selain pihak pengurusan sekolah mengharapkan program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap, justeru itu, program seperti ini akan diadakan lagi pada minggu hadapan iaitu pada 29 Januari 2024 yang akan mensasarkan pula pelajar tingkatan 3,4 dan 5.

Liga Super Futsal IPT 2024 : UMPSA CATAT KEMENANGAN 100 PERATUS.

22 April,USM : Pasukan futsal Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) membuktikan kehadiran buat kali pertama mereka disaingan Liga Super Futsal IPT 2024 tidak boleh dipandang remeh apabila berjaya mencatat kemenangan 100 peratus pada pusingan pertama kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tan Sri Azman Hashim,USM bermula 19 hingga 22 April 2024.
 
UMPSA berjaya melengkapkan kemenangan bergaya pada Ahad apabila berjaya menewaskan UNM dengan jaringan 5-3 pagi tadi.
Sebelum itu UMPSA berjaya menewaskan UTHM dengan jaringan 2-0 dan UPSI dengan jaringan 3-1.
 
UMPSA kini berada di tangga ke-2 carta liga berkongsi 9 mata bersama UiTM namun dibezakan dengan perbezaan jaringan gol.
Semoga pasukan futsal UMPSA terus konsisten dan meneruskan momentum kemenangan dalam pusingan seterusnya.
 
UMPSA!!
JIWA JUARA!!!

UMPSA Special One, Pusat Sukan & Kebudayaan memeriahkan Majlis Konvokesyen DRB-HICOM University of Automotive Malaysia ke-8

 

PEKAN, 24 Februari 2024 – UMPSA Special One yang terdiri daripada kumpulan muzik band dan gamelan Pusat Sukan & Kebudayaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulah (UMPSA) telah dijemput mengadakan persembahan iringin sempena Majlis Konvokesyen ke-8 DRB-HICOM Universiti of Automotive Malaysia yang berlangsung selama satu hari dengan dua sidang pada pagi dan petang.

Muzik gamelan dimainkan sewaktu perarakan akademik dan perarakan utama masuk ke dalam dewan serta mengiringi sepanjang penganugerahan graduan manakala kumpulan band menghiburkan warga dewan sewaktu majlis berhenti rehat seketika. Empat lagu didendangkan oleh UMPSA Special One bagi dua sidang tersebut seperti lagu Dawai, Seribu Tahun, Butakah Cinta, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Tersakiti, Sembunyi, Lemak Manis dan Paku.

PSK UMPSA ANJUR KLINIK PENGENALAN SUKAN GOLF.

 
 
 
 
 
Pusat Sukan & Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Klinik Pengenalan Sukan Golf Siri 1 kepada staff yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Batu 9 Kuantan.
 
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada staff UMPSA telah hadir menyertai program tersebut yang memberi pendedahan dan pengenalan asas kepada permainan sukan Golf dan ini merupakan kali pertama program seperti ini dianjurkan khusus utk staff UMPSA.
 
Menurut Pengarah Program yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar program tersebut, En Abu Sufian Bin Mokhtar program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staff UMPSA yang ingin menceburi dan mencuba sukan golf selain menghapus stigma bahawa sukan ini hanya untuk golongan berada dan berkemampuan sahaja.
 
‘Tujuan PSK menganjurkan program ini adalah untuk memberi peluang kepada staff yang berminat menceburi sukan golf yang dapat membentuk disiplin diri dan mengawal emosi kerana sukan golf ini merupakan sukan yang memerlukan kesabaran dan perlu mengikut teknik dan cara yang betul untuk memastikan bola yang dipukul sentiasa ke depan’ jelas En Abu Sufian.
Sementara itu, Pengarah PSK En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail yang turut hadir pada program tersebut menjelaskan lebih banyak lagi program sukan pengenalan yang akan dianjurkan selepas ini.
‘Insya Allah, program ini akan dilanjutkan kepada siri yang kedua dan seterusnya untuk memastikan ada kesinambungan dan progress peserta yang telah menyertainya sebelum ini, bahkan bukan sukan golf sahaja, tetapi sukan-sukan lain juga akan dianjurkan program pengenalan seperti ini’, ujarnya lagi.
 
Semoga para peserta yang hadir pada program ini mendapat manfaat dan dapat mempelajari sesuatu yang baru melalui latihan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Jumpa lagi pada Siri 2 nanti.
DEMI UMP
MAJULAH UMP
UMP BOLEH
Image

— Contact

Pusat Sukan UMPSA
Kompleks Sukan Universiti
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang,Kuantan
MALAYSIA