Kumpulan Koir UMPSA giat mempersiapkan persembahan di Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang.
Hits: 83
Kuantan,28 Ogos ; Kumpulan Koir Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) sedang giat mempersiapkan persembahan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2024 ini di Kuantan,Pahang.
Kumpulan yang terdiri daripada 28 orang pelajar itu bakal menyampaikan 3 buah lagu utama iaitu Lagu Negaraku,Negeri Pahang dan juga Semarak Merdeka.
Kumpulan ini dibimbing oleh YH Dato' Indra bin Abdul Rab.
Persembahan ini juga melibatkan staf Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA yang menggalas tugas sebagai Pembantu Pengurus Acara iaitu Encik Shahrul Nizam.
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang ini akan dihadiri Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pahang Darul Makmur.
Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA mengucapkan selamat maju jaya kepada Kumpulan Koir UMPSA serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67 buat seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia!!
Jiwa Merdeka!!