PEKAN, 6 Januari 2024 – Berlangsung Program Teater ‘Senandika Showtime (SST)24’ pada 6 dan 7 Januari 2024 bertempat di Dewan Peperiksaan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Program yang terbuka khas kepada ahli baru Kelab Teater Senandika sebagai langkah permulaan dan pendedahan mengenai pembikinan sebuah produksi teater. Sebanyak lima buah naskah yang telah dipilih untuk pementasan program. Seramai 65 orang tenaga produksi yang terdiri daripada pengarah, pengurus pentas, krew busana dan tatarias, rekaan set dan hiasan, teknikal audio dan pencahayaan, publisiti dan hebahan, serta para pelakon bagi lima produksi pementasan. Set pentas yang diusahakan adalah secara eksperimental dan minimalis dengan konsep pementasan ‘black-box’.
Melalui program SST24 ini, pelajar dapat mengenali dan mendalami ilmu pementasan teater sekaligus membuka peluang bagi mengcungkil dan mengembangkan bakat dalam diri serta memupuk minat terhadap dunia teater. Aktiviti teater dapat mengajar mahasiswa dalam mengendalikan sesebuah program yang berimpak tinggi, penyelesaian masalah serta dapat meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam diri. Dianggarkan seramai 300 orang penonton yang hadir pada kedua-dua hari pementasan.
Program SST’24 ini telah menjadi acara tahunan dan platfom bagi persediaan pengurusan produksi dan persembahan untuk ke peringkat yang lebih tinggi.