SUKIPT 2024 : Atlet UMPSA persiap kekuatan mental.
Hits: 94
Gambang,1 September; Bagi memperlengkapkan persiapan atlet Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) ke Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi(SUKIPT) 2024, Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA telah mengadakan Sesi Motivasi Atlet SUKIPT UMPSA bersama Mejar Dr.Imaduddin bin Abidin di Kompleks Sukan UMPSA Gambang pada 1 September 2024.
Sesi khas yang menekankan persediaan mental atlet selain penambahan motivasi untuk atlet sebagai persediaan menghadapi cabaran didalam dan diluar gelanggang sebelum,semasa dan selepas kejohanan berlangsung.
Ketua Unit Persediaan Atlet UMPSA,Muhammad Eizat bin Mokhtar berharap program motivasi ini mampu menjadi nilai tambah persediaan atlet bagi menghadapi SUKIPT sekaligus membawa kejayaan kepada atlet seterusnya mengharumkan nama universiti di kejohanan sukan IPT terbesar negara ini.
Seramai 67 atlet dari 8 sukan yang disertai hadir menyertai program ini disamping pengurus dan jurulatih.
Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA mengucapkan Selamat Berjuang dan memberi sokongan penuh perjuangan atlet UMPSA di SUKIPT 2024 nanti.
Semoga atlet-atlet UMPSA membawa pulang kejayaan buat UMPSA.
UMPSA!!
Minda Juara!!