Naib Canselor serah bendera pada atlet SUKIPT UMPSA.
Hits: 92
Gambang,30 Ogos; Seramai 67 atlet terdiri dari 56 lelaki dan 11 wanita serta 18 pegawai terdiri dari pengurus, urusetia dan jurulatih akan membawa cabaran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) ke Kejohanan Sukan IPT( SUKIPT) pada tahun ini yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia(UUM) bermula 6 hingga 14 September 2024 ini.
UMPSA menyertai 8 acara daripada 28 acara sukan yang akan dipertandingkan pada kejohanan SUKIPT tahun ini. UMPSA mensasarkan 3 pingat emas, 2 perak dan 7 gangsa dalam 8 sukan yang disertai iaitu futsal, taekwando, golf, berbasikal, ragbi, memanah, olahraga dan silat.
Naib Canselor, Prof Ts Dato Dr Yuserrie Zainuddin menyerahkan bendera kepada Wakil Kontingen UMPSA, Ahmad Azad Rifqi Redzuan yang bakal mewakili UMPSA ke Sukan Institusi Pendidikan Tinggi 2024 (SUKIPT).
Naib Canselor, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin mengingatkan wakil atlet untuk menggunakan peluang ini sebaiknya.
"Janganlah kita meletakan ‘mindset’ sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersainglah bagi kita merebut peluang melayakkan diri dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa seperti AUG, WUC, WUG dan pelbagai kejohanan sukan yang lain", katanya.
"Hargailah peluang menyertai Kejohanan SUKIPT ini sebagai langkah permulaan untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam sukan dan acara yang disertai", tambahnya lagi.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Encik Mohd Aznorizamin Bin Ismail, Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,Puan Haryani Binti Abdullah dan Pengarah Akademi ADAB, Prof Madya Dr Mohd Nizam Mohmad Kahar.
Foto oleh Khairu Aidilnishah Rizan dan Abu Sufian Mokhtar