AUG 2024: Pegawai,atlet UMPSA antara tunjang kejayaan Malaysia raih pingat emas.

Surabaya,4 Julai;Pasukan Bola Baling Lelaki Malaysia mencatat keputusan yang cemerlang di Sukan Universiti ASEAN(AUG) 2024 apabila berjaya meraih pingat emas selepas berjaya menewaskan pasukan Singapura dengan jaringan 28-26 di perlawanan akhir yang berlangsung pada 30 Jun lalu di Pertamina ITS GOR,Surabaya.
 
Lebih membanggakan lagi apabila Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) turut menjadi antara tunjang utama kejayaan pasukan Malaysia di kejohanan ini apabila 3 pemain dari UMPSA terpilih untuk mewakili negara di kejohanan yang berlangsung di Surabaya-Malang,Indonesia.
 
Aksi cemerlang dan bertenaga Syahmi Haziq bin Hishamuddin,Thye You Hei dan Muhammad Faiz bin Abdul Rahmad di Karnival Sukan MASUM Fasa 2,di Universiti Malaya(UM) pada Mei lalu berjaya membuka mata barisan kejurulatihan pasukan memilih mereka mewakili Malaysia ke sukan dwi-tahunan itu.
 
Turut terpilih membawa cabaran pasukan bola baling lelaki negara pada edisi kali ini ialah Encik Nur Adam Maximillian,Pegawai Belia dan Sukan Kanan dari Pusat Sukan dan Kebudayaan apabila dilantik menjadi pengurus pasukan yang menguruskan segala persiapan dan keperluan pasukan sebelum dan sepanjang kejohanan berlangsung.
 
Tahniah diucapkan kepada pegawai dan atlet UMPSA yang mengharumkan nama negara di Kejohanan Sukan Universiti ASEAN(AUG) sekaligus membanggakan seluruh warga UMPSA.
Semoga lebih ramai wira dan wirawati sukan negara lahir dari kalangan warga UMPSA pada masa hadapan.
 
PINGAT EMAS MILIK MALAYSIA!!
UMPSA!!
JIWA JUARA!!

Print   Email