Kontingen SUKMA Pahang pilih UMPSA Malaysia jadi venue memperkasa perjuangan
Hits: 62
Kuantan,24 Julai ;Kontingen Sukan Malaysia(SUKMA) negeri Pahang memilih Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA)sebagai venue terakhir memperkasakan semangat perjuangan atlet,pengurus dan jurulatih yang terpilih membawa cabaran mewakili negeri Pahang ke SUKMA 2024 apabila mengadakan Kem Golden Elephant Warrior bermula 23 hingga 25 Julai 2024.
Seramai 564 atlet,46 pengurus pasukan serta 123 jurulatih berkampung di UMPSA selama 3 hari 2 malam bagi memperkasakan semangat perjuangan dan memperkemaskan persiapan akhir pasukan menerusi kem anjuran Majlis Sukan Pahang(MSP) ini.
Semangat atlet Pahang disemarakkan menerusi amanat oleh Exco Komunikasi dan Multimedia,Belia,Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang,YB.Tuan Fadzli Mohamad Kamal pada Majlis Perasmian Golden Elephant Warrior Camp 2024 di Kompleks Sukan UMPSA,Gambang.
Hadir sama ialah Ketua Kontinjen Pahang Ke SUKMA Sarawak 2024, YHM Tok Muda Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Dato’ Munir bersama barisan Jawatankuasa Pengurus dan Teknikal Majlis Sukan Pahang (MSP) termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, YB. Tuan Mohd Sharim Md. Zain, Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Razihan Adzharuddin, Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail, Pegawai Daerah Jerantut, YH. Dato’ Sharuddin Jali ,Pengarah MSP, YBrs Encik Zamri bin Hassan dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA,YBrs Encik Mohd Aznorizamin bin Hj Ismail.
Kontinjen SUKMA Pahang seramai 733 orang akan menyertai 308 acara daripada 488 acara yang dipertandingkan dengan mensasarkan sebanyak 40 kutipan pingat emas, 19 perak dan 64 gangsa dengan kedudukan tempat kelima.
UMPSA amat berbesar hati dengan pemilihan sebagai venue kem ini dan berharap dengan segala kemudahan yang disediakan meliputi kemudahan sukan,asrama,ruang berkumpul serta pengangkutan yang disediakan sepanjang kem ini diadakan mampu menjadi pencetus semangat atlet dan seluruh kontingen Pahang yang akan berjuang di Sarawak pada Ogos nanti.
Selamat berjuang Kontingen Pahang!!
Pahang Boleh!!
*Kredit gambar : Pahang Media dan Encik Hafiz Yan.