100 atlet bawa cabaran UMPSA ke SUKUM 2024
Hits: 93
Pekan,6 Ogos;Seramai 100 orang atlet akan membawa cabaran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UMPSA) ke Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia(SUKUM) kali ke-45 bermula 8 hingga 18 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Sabah(UMS).
Sebanyak 10 acara disertai oleh kontingen staf UMPSA pada tahun ini dengan 3 pingat emas menjadi sasaran kontingen pada edisi kali ini.
Naib Canselor UMPSA,Prof Dato Ts Yuserrie Zainuddin hadir menyerahkan bendera UMPSA kepada Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)UMPSA,Prof Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed selaku Chef de Mission pada Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Kontingen UMPSA ke Kejohanan SUKUM 2024.
Hadir sama dalam majlis itu,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa),Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman,Pendaftar,Dato' Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan,Mohd Aznorizamin bin Hj Ismail.
Selain itu majlis juga dilengkapkan dengan penyerahan sumbangan daripada Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf(SEJAHTERA) sebanyak RM5000 buat atlet yang disampaikan oleh Abd.Rahman bin Hj Safie selaku Presiden SEJAHTERA.
Seluruh warga UMPSA mengucapkan selamat berjuang kepada atlet staf UMPSA semoga beroleh kejayaan yang gemilang.
Kredit photo oleh Zaffaruddin Hamzah dan Hafiz Yan.