PUSAT SUKAN UMPSA         

PUSAT SUKAN UMPSA        

News & Info

UMP Laungkan Keyakinan di SUKIPT 2022

 
Kontigen Universiti Malaysia Pahang melaungkan keyakinan yang tinggi untuk memberikan cabaran yang sengit pada Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2022 yang akan berlangsung bermula 10 sehingga 21 Ogos 2022 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
 
Keyakinan itu bertambah apabila kontigen UMP disuntik dengan kata-kata semangat oleh Timbalan Naib Canselor (JHEPA), Prof Madya Ts Dr Mohd Rusllim Bin Mohamad pada Majlis Penyerahan Bendera Kontigen UMP ke SUKIPT 2022 yang berlangsung pagi tadi di Kompleks Sukan UMP.
 
Pada majlis yang juga dihadiri oleh Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail dan juga pegawai-pegawai sukan UMP turut meraikan atlit-atlit yang akan membawa cabaran dan mengibarkan bendera UMP pada kejohanan dwi tahunan tersebut.
 
 
Timbalan Naib Canselor (JHEPA) menasihatkan kepada semua atlit untuk berjuang dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa menjaga nama baik UMP. Menang atau kalah adalah adat pertandingan tetapi untuk mengalah dengan mudah adalah tidak sama sekali bagi atlit-atlit UMP.
 
Majlis itu diakhiri dengan simbolik penyerahan bendera UMP kepada wakil atlit UMP dari sukan Silat, Muhammad Khier Bin Mohd Sabri dan disambut dengan laungan UMP Boleh oleh atlit-atlit UMP.
 
Sebagai Informasi, UMP menghantar seramai 120 orang yang terdiri daripada atlit dan pegawai dari sukan-sukan seperti Silat, Badminton, Petanque, Ragbi, Golf, Karate bagi FASA 1 dan Olahraga, Squash, Memanah,Catur, Ping Pong, Sepaktakraw, Renang dan Taekwando bagi FASA 2.
Kita sama-sama doakan kejayaan Kontigen UMP pada SUKIPT 2022!!
 
Majulah UMP!!
UMP Boleh!!
Disediakan Oleh:
Unit Perhubungan dan Media Sukan

KETUA KONTIGEN UMP, BERPUAS HATI PENCAPAIAN ATLIT DI SUKIPTFASA I

Ketua Kontigen Universiti Malaysia Pahang ke Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2022) menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaian pasukan-pasukan UMP pada Fasa I yang telah berlangsung pada 10 sehingga 15 Ogos di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
 
En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail yang juga merupakan Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP ketika ditemui berkata pencapaian yang amat memberangsangkan telah dipamerkan oleh atlit-atlit kontigen UMP sepanjang FASA I ini berlangsung terutama pencapaian pasukan Petanque yang berjaya membawa pingat Emas pertama buat kontigen UMP melalui Acara Single Lelaki Oleh Wan Muhammad Farihin Wan Rosli pada hari terakhir kejohanan FASA I berlangsung.
 
 
Sementara itu, bagi pasukan Silat pula, mereka telah mencapai sasaran realistik untuk membawa satu pingat iaitu gangsa untuk kontigen UMP melalui Abdullah Mudin bagi Kategori Putra Kelas F memandangkan kejohanan SUKIPT kali ini turut disertai oleh pesilat-pesilat negara yang bertanding pada Kejohanan Pencak Silat Dunia yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.
Sasaran pingat bagi acara Golf pula agak tersasar namun begitu masih boleh turut untuk dibanggakan dengan pencapaian oleh Duo Ali Imran Rozlisham dan R. Pravetta yang pulang dengan pingat gangsa masing -masing bagi Kategori Kumpulan Gross Lelaki dan Nett Wanita.
 
 
Yang paling mencuri tumpuan ialah pasukan ragbi, walaupun mereka gagal membawa sebarang pingat,namun pasukan ragbi UMP atau UMP Sharks telah menjadi sebutan di SUKIPT 2022 apabila pasukan ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir dengan menumbangkan beberapa pasukan yang lebih jauh berpengalaman seperti UMT, UTEM dan juga UM sebelum tewas dengan jaguhan ragbi IPT Malaysia iaitu UPM Serdang Angel di peringkat separuh akhir selain tewas sekali lagi bagi perebutan pingat perak kepada pasukan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).
 
Secara keseluruhan, En Aznorizamin tetap berpuas hati setakat Fasa I ini berlangsung, dan beliau turut optimis untuk kontigen UMP membawa pulang lagi pingat bagi kejohanan SUKIPT 2022 Fasa II yang akan berlangsung bermula 17-21 Ogos nanti dan mengharapkan atlit-atlit UMP terus berjuang dan bekerja lebih keras untuk memastikan nama UMP terus berada dalam senarai 10 terbaik penerima pingat pada kejohanan ini.
Sama-sama kita doakan untuk wira dan wirawati UMP.
Majulah UMP!!
UMP Boleh!!
 

UMP sahut cabaran Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022.

Rompin,7 September 2022 - UMP memulakan cabaran di kejohanan Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022 yang membuka tirainya dengan perlumbaan dimulakan dengan Peringkat 1di Pantai Hiburan,Kuala Rompin,Pahang.
Kejohanan yang julung kalinya diadakan dirantau ini bermula 7 hingga 11 September 2022 melibatkan 5 peringkat perlumbaan iaitu Pantai Hiburan Rompin,Pantai Lagenda Pekan,Pantai Balok Beserah,Pantai Cherating dan Pantai Telok Chempedak Kuantan yang menjanjikan persaingan
hebat antara peserta disamping laluan yang mencabar di setiap peringkat perlumbaan.
Dengan tagline "Whack The Wave",kejohanan yang julung kali diadakan ini berjaya menarik penyertaan 500 orang peserta dari dalam dan luar negara.
UMP menghantar seramai 10 orang peserta yang akan membawa cabaran dalam kategori Intervarsity Kategori Lelaki dan Wanita.
Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Dan Media Sukan

UMP JANJI MENJADI PENGANJUR TERBAIK

 

Universiti Malaysia Pahang berjanji menjadi antara penganjur terbaik bagi Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia Kali ke-49 tahun 2022 yang akan dilangsungkan pada 27-28 Mei 2022 nanti dimana kejohanan ini juga yang akan mengumpulkan seramai lebih 250 pemain golf amatur yang terdiri dari kakitangan universiti awam Malaysia.

 

Tahniah Universiti Malaysia Pahang!! Tahniah Pusat Sukan Dan Kebudayaan!

Tahniah Universiti Malaysia Pahang!!
Tahniah Pusat Sukan Dan Kebudayaan!!

Untuk makluman kerjasama ini akan memfokuskan program menyambung pengajian di UMP, penganjuran kursus-kursus profesional, penganjuran sukan secara bersama serta perkongsian kepakaram tenaga pakar dan khidmat nasihat yang membawa kepentingan kedua-dua belah pihak.

Semoga ianya menjadi satu impak yang sangat berkesan kepada pembangunan sukan di UMP khasnya dan negeri Pahang amnya.

Demi UMP!!
UMP Boleh!!

#UMPMalaysia
#UMPSharing
#elgineers
#pskump

PEMENTASAN TEATER ‘ONCE BROKEN CONSIDER SOLD’

14 - 15 APRIL 2022 – Bertempat di Astaka, UMP Gambang, Kumpulan Teater Waris-Sekretariat Kebudayaan & Kesenian UMP dengan kerjasama Pusat Sukan & Kebudayaan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Pementasan Teater bertajuk ‘Once Broken Consider Sold’ (OBCS) karya Alif Adzham. Mengisahkan tentang konflik yang berlaku dalam sebuah keluarga di mana Sara, si ibu kepada Fatimah dan isteri kepada Nik telah kantoi berlaku curang bersama menantunya, Zul yang juga merupakan suami kepada Fatimah. Kejadian ini berlaku di tempat yang paling tidak terduga yang menyebabkan berlaku satu lagi salah faham antara keluarga ini dengan sebuah kumpulan gangster yang mencurigakan. Objektif program ini diadakan adalah meningkatkan kualiti bakat-bakat mahasiswa UMP dalam bidang seni teater,memperkenalkan kepada warga UMP tentang kepelbagaian jenis dan genre seni teater serta menaikkan nama UMP sebagai salah sebuah universiti teknikal yang mampu menghasilkan mahasiswa berbakat seni.

UMP tuan rumah Penganjuran Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1

 

KUANTAN, 24 Mac 2022 - Setelah dua tahun Kejohanan Sukan MASUM tidak dapat dijalankan, kini karnival sukan MASUM Fasa 1 dijalankan secara bersemuka melibatkan penganjuran pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai tuan rumah. 

𝐔𝐌𝐏 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒𝟒

12 September 2022 | UMP PEKAN
Naib Canselor UMP, Prof. Dato' Ts, Dr. Yuserrie Zainuddin hari ini telah menyerahkan bendera UMP kepada Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UMP merangkap Ketua Kontinjen UMP, Saiful Bahri Ahmad Bakarim yang akan menyertai Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) bermula pada 16-24 September 2022 nanti di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.
 
Majlis turut dihadiri Pengurus Kanan PNC, merangkap Timbalan Ketua Kontinjen UMP di SUKUM, Abd Rahman Hj Safie dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Aznorizamin Ismail.
Naib Canselor UMP, Prof. Dato' Ts, Dr. Yuserrie berkata pada tahun ini UMP menghantar sebanyak sembilan acara sukan yang terdiri daripada memanah, ping-pong, petanque, golf, futsal, bola tampar, hoki, tempin boling dan acara berbasikal.
 
"Saya hargai usaha dan latihan semua pasukan samada siang atau malam demi mengharumkan nama UMP,”
"Menang atau kalah, itu sudah menjadi lumrah kehidupan, tetapi obor perjuangan jangan sekali kita pada padam sebelum berjuang,” katanya.
Tambahnya lagi dalam bersukan atau bertanding seharusnya mengunakan akal dan strategi. Justeru kemenangan dalam pertandingan adalah berdasarkan kepada daya tahan yang tinggi (excellent fitness), fokus yang berterusan, emosi yang teratur dan strategi yang jelas.
Jadi jelasnya strategi yang digarap oleh sesebuah pasukan menuntut kepada penelitian oleh para jurulatih dan pengurus pasukan.
Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrurrazi Ishak yang merupakan atlet sukan berbasikal UMP.
 
Kredit : Facebook UMP Malaysia

NURUL ASHIKIN AZAM JULANG NAMA UMP

KUANTAN: Selepas berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Sea Hanoi 2022 buat pertama kali, atlit lumba jalan kaki wanita negara, Nurul Ashikin Hussin, yang juga merupakan pelajar dari Fakulti Pengurusan Industri UMP, kini memasang impian untuk menjulang nama negara dan juga UMP pada kejohanan dwi tahunan itu.
"Cita-cita saya adalah ingin menjadi antara penyumbang pingat kepada negara tetapi ia memang memerlukan kerja keras dan kesempatan yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin dan yakin mampu menjadikannya satu kenyataan”.
 

Santai Berbasikal eratkan hubungan keluarga UMP

PEKAN, 20 November 2021 - Program Santai Berbasikal Bersama Keluarga Universiti Malaysia Pahang (UMP) anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan dan Pejabat Naib Canselor (PNC) UMP yang berlangsung baru-baru ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan warga UMP. 

Image

— Contact

Pusat Sukan UMPSA
Kompleks Sukan Universiti
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang,Kuantan
MALAYSIA