UMP PEKAN JADI MEDAN PERLUMBAAN

KUALA PAHANG, 27 MEI 2023 |- UMP Kampus Pekan sekali lagi menjadi tumpuan pada minggu ini apabila menjadi medan perlumbaan bagi atlit berbasikal seluruh Pahang apabila diberikan tanggungjawap menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Kriterium Tertutup Negeri Pahang yang berlangsung pada 27 Mei 2023, Sabtu.
 
Kejohanan yang berkonsepkan Perlumbaan (Kriterium) ini mempertaruhkan 7 kategori utama Lelaki dan Wanita selain Ujian Masa Individu yang mempertandingkan 3 kategori utama yang mensasarkan penyertaan dari atlit berbasikal amatur seluruh negeri Pahang dan juga penjawat awam negeri.
 
Objektif utama kejohanan ialah untuk memberi peluang kepada atlit-atlit berbasikal amatur negeri untuk berkumpul bersama dalam mod perlumbaan dan mencabar potensi diri masing-masing selain ianya dijadikan platform untuk memilih atlit berbasikal yang akan mewakili Pahang bagi kejohanan Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota Kerajaan (MAKSAK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
 
Majlis perlepasan acara telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail sambil turut dihadiri oleh wakil dari MAKSAK Pahang, wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Pahang dan juga dari Persatuan Lumba Basikal Negeri Pahang yang merupakan penganjur utama kejohanan ini bertempat permulaan perlumbaan iaitu di Pusat Rekreasi Air UMP.
 
Semoga kejohanan berjalan dengan lancar dan teratur dan objektif kejohanan dapat dicapai dengan jayanya.
UMP Boleh
Majulah UMP

Print   Email