UMP MERIAHKAH MALAYSIA PREMIER FUTSAL LEAGUE (MPFL) 2023.
Hits: 838
PORT DICKSON, 17 JANUARI 2023 | Universiti Malaysia Pahang berterusan dalam menglibatkan diri dalam kejohanan peringkat nasional apabila 3 orang warga UMP menempatkan diri dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 dengan mewakili pasukan Futsal KPT-PST Mustang pada kejohanan yang akan berlangsung bermula Februari sehingga Julai nanti.
Antara mereka yang terlibat dengan pasukan yang berpengkalan di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu ialah En Wan Suratman Adnan Roslee yang berperanan sebagai Ketua Jurulatih pasukan selain dua orang pelajar UMP yang terlibat sebagai pemain utama iaitu Muhammad Amirul Aiman Hairol Nizan dan Muhamad Rizwan Abd Hamid, kedua-dua dari Fakulti Pengurusan Industri (FIM).
Berlangsung semalam ialah Majlis Menandatangani Kontrak Pemain dan Pegawai pasukan MPFL KPT-Mustang yang telah berlangsung di Lexis, Port Dickson disaksikan oleh YH Dato Dr Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT.
Terkini, pasukan sedang berada di Songkla, Selatan Thailand bagi menghadapi beberapa pelawanan ujian di Universiti Prince Of Songkla bermula 17 sehingga 23 Januari.
Semoga dengan penglibatan warga UMP dalam kejohanan peringkat nasional ini dapat memberikan impak kepada pasukan dalam kejohanan ini dan terus membuktikan warga UMP sangat kompetan untuk bersaing diperingkat lebih tinggi.
MAJULAH UMP
DEMI UMP