UMP MEMERTABATKAN SUKAN GOLF DI PAHANG
Hits: 946
KUANTAN-12 JANUARI 2023 | Universiti Malaysia Pahang melalui Pusat Sukan Dan Kebudayaan melangkah setapak lagi dalam industri sukan negeri Pahang apabila memulakan langkah awal dengan mengadakan Bengkel Pelan Pelaksanaan Akademi Sukan Negeri Pahang 2023 bersama-sama Majlis Sukan Negeri Pahang dan juga Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia bagi memartabatkan sukan Golf di negeri Pahang khususnya.
Bengkel yang diadakan selama 3 hari bertempat di Sri Manja Hotel, Kuantan itu menjurus kepada membentuk rangka penubuhan akademi golf di negeri Pahang yang telah dipertanggungjawapkan kepada UMP oleh Majlis Sukan Pahang untuk mentadbir urus akademi tersebut sambil mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Akademi Golf Nasional dibawah tadbir urus Universiti Utara Malaysia. Program ini juga merupakan rentetan dari hasil kerjasama yang telah dipersetujui antara UMP dan MSP pada majlis tandatangani Certificate Of Collaboration (COC) yang telah diadakan pada tahun lalu dihadapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Hadir pada bengkel tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Pahang, En. Zamri Bin Hassan dan Timbalan Pengarah Puan Suraini Abd Hamid bersama 7 pegawai sokongan yang lain dari MSP sementara UMP dihadiri oleh Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Hj Ismail dan Penyelaras Program Akademi Golf UMP/MSP, En Abu Sufian Mokhtar bersama 2 pegawai sokongan dari UMP. Manakala Akademi Golf Nasional UUM yang bertindak sebagai penasihat dan pembimbing diwakili oleh Timbalan Pengarah AGNUUM, Prof MAdya Dr. Zaheruddin Othman dan seorang pegawai sokongan.
Semoga segala perancangan dan penyusunan struktur akademi golf di negeri Pahang ini menjadi kenyataan dalam usaha UMP untuk menjadi antara organisasi yang berjaya membangunkan sukan golf dengan program dan kemudahan yang kondusif seperti mana UUM telah melaksanakan diperingkat nasional sebelum ini.
MAJULAH UMP
DEMI UMP