UMPSA SHARK PALING MENYERLAH.

Pasukan Ragbi Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah, UMPSA Shark antara pasukan UMPSA yang paling menyerlah pada Higher Education Sports Fest 2023 (HESF) 2023 yang berlangsung di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (Unisza) apabila pulang membawa pingat Perak bagi acara Ragbi 7'Sebelah pada kejohanan yang menutup tirai semalam.
 
Pasukan yang dibimbing oleh Kapten (B) Yusli Ashan itu bermula cemerlang bermula perlawanan peringkat kumpulan apabila menewaskan Multimedia University (MMU) 38-5 namun kecundang pada perlawanan kedua kepada salah satu pencabar terkuat ragbi IPT, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 0-21. Namun nasib menyebelahi pasukan UMPSA Shark apabila mengiringi UIAM untuk melangkah ke pusingan 16 sebelum melakukan kejutan menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 19-10 untuk melangkah ke peringkat Suku Akhir.
 
Pada pertemuan Suku Akhir, UMPSA Shark terus 'rakus' membaham Kolej Komuniti Malaysia (KKM) dengan kemenangan 29-0, untuk melangkah bergaya ke perlawanan untuk menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Separuh Akhir sebelum menang 10-5 untuk menentang Gergasi Ragbi No 1 IPT, Universiti Putra Malaysia (UPM) di pentas akhir.
 
Seperti dijangka, pertemuan Final berpihak kepada UPM dengan kemenangan 27-0 menewaskan UMPSA, namun pujian harus diberikan kepada para pemain UMPSA Sharks apabila tetap memberikan saingan yang seimbang dan sengit, namun pengalaman pemain UPM di pentas antarabangsa menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
 
Jurulatih pasukan UMPSA Sharks, Kapten (B) Yusli Ashan Ketika ditemui berkata, beliau sangat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sepanjang kejohanan ini berlangsung kerana mereka menunjukan peningkatan pada setiap kejohanan. " Pasukan UMPSA Sharks kini merupakan antara pasukan pencabar terkuat dalam saingan ragbi IPT selepas beberapa siri kejohanan sebelum ini, kami telah berjaya melakukan 'upset' dengan menewaskan beberapa pasukan terkuat IPT dan kami kini menjadi antara pasukan yang digeruni", ujarnya.
 
Sebagai info, pasukan Ragbi UMPSA Sharks juga turut diawakili oleh beberapa orang pelajar yang mendapat pendedahan antarabangsa dan juga kebangsaan antaranya ialah Azhad Rifqi yang turut mewakili remaja Kebangsaan B-20 tahun pada kejohanan peringkat Asia baru-baru ini selain mewakili Pahang serta Negeri Sembilan. 3 lagi nama yang tidak asing dalam kejohanan ragbi Kebangsaan Piala Agong dan SUKMA ialah Amirul Husni, Muhammad Shazriman serta Mohd Harith turut tersenarai dalam pasukan UMPSA Sharks pada kejohanan kali ini.
 
DEMI UMPSA
UMPSA BOLEH
MAJULAH UMPSA

Print   Email