TNC HEPA UMPSA MENANDATANGANI MOU PERSEFAHAMAN KERJASAMA SUKAN UNIVERSITI DUNIA
Hits: 124
GENEVA, SWITZERLAND, 18 NOV 2023 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA, merangkap Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan juga Presiden kepada ASEAN University Sports Council - (AUSC) sedang menghadiri 38th FISU General Assembly di Geneva, Switzerland pada November 17 - 18, 2023.
Dalam kesempatan menghadiri 38th FISU General Assembly ini AUSC telah mengambil inisiatif untuk menandatangai perjanjian persefahaman MOU di antara AUSC dan FISU Oceania pada 17 Nov 2023 di Hotel Hilton & Resort, Geneva, Switzerland.
FISU Oceania adalah satu pertubuhan sukan Universiti bagi Oceania Regional yang ditubuhkan sejak 2008 yang mewakili 9 buah negara seperti Australia (AUS), New Zealand (NZL), Cook Islands (COK), Federated States of Micronesia (FSM), Fiji (FIJ), Marshal Islands (MHL), Northern Mariana Islands (NMI), Papua New Guinea (PNG), dan Samoa (SAM).
Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk meluaskan hubungan antarabangsa di Antara AUSC bersama FISU Oceania meliputi penganjuran sukan, sains sukan dan kajian sukan.
MOU ini secara rasminya ditandatangani Oleh Presiden kepada FISU Oceania, David Schumde Dan Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, AUSC Presiden.
Majlis ini juga dihadiri Oleh Setiausaha Agung MASUM, Mohd Aznorizamin B Hj Ismail yang juga merupakan Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMPSA.
Majlis tandatangan ini disaksikan oleh Martin Doultan, FISU Executive Committee Member dan See Tow Cheng Fave, Secretary General Asian University Sport Federation (AUSF) serta wakil-wakil daripada negara ASEAN dan Oceania yang menghadiri 38th FISU General Assembly ini termasuklah wakil dari Singapura, Filipina, Thailand dan Cambodia.
Dalam konteks pembangunan sukan negera, perjanjian persefahaman ini diharapkan dapat memberi manfaat pembangunan sukan terutamanya seperti sukan Rugbi, bolasepak dan bola jaring.
UMPSA BOLEH
DEMI UMPSA
MAJULAH UMPSA