‘DEMI UMPSA, SAYA LAKUKAN INI’
Hits: 131
Begitulah ungkapan yang diucapkan oleh Atlit Silat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Muhammad Aizat Jufri Bin Juri apabila beliau bertungkus lumus bertarung melawan pesilat dari Universiti Teknologi Mara (Uitm), Muhammad Khardani Zainudin pada pertarungan Separuh Akhir Kategori Kelas C Putra, Kejohanan Silat Olahraga ABC Terbuka IPT 2023, yang berlangsung di Universiti Tun Hussien On (UTHM) minggu lalu.
Walaupun tewas pada pertarungan tersebut, beliau tetap pulang menghadiahkan pingat Gangsa buat UMPSA kerana berkedudukan 4 terbaik bagi kategori Kelas B Putra dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor apabila mengalami kecederaan serius pada jari dan doktor mengesahkan Dislocate Metacarpal and Open Wound pada jari tangan kiri beliau.
Menurut Pengurus Pasukan Silat UMPSA, En Norazazi Mamat berkata ‘Pertarungan terpaksa diberhentikan apabila kecederaan Aizat semakin membimbangkan dan Wasit pertandingan memberikan kemenangan kepada pesilat UiTM, dan pihak perubatan mengambil tindakan pantas untuk mengejarkan pesilat kita terus ke hospital. Saya bersyukur kecederaan beliau tidak membimbangkan walaupun boleh dikategorikan sebagai kecederaan berat bagi seorang atlit Silat olahraga’, ujarnya lagi.
Bagi Muhammad Aizat Jufri pula ia beranggapan ini adalah adat resam sebagai atlit sukan bela diri seperti silat ini. ‘Kecederaan seperti ini boleh berlaku pada mana-mana atlit silat dan saya sentiasa bersedia menghadapinya, saya lakukan ini (bertarung) demi UMPSA. Mohon maaf kepada semua iaitu Pengurus, Jurulatih dan rakan sepasukan kerana saya mampu menghadiahkan gangsa sahaja apabila tewas dan mengalami kecederaan pada Separuh Akhir’, ucap beliau lagi.
Dalam pada yang sama juga dua orang lagi atlit silat UMPSA iaitu Muhammad Khalid Bin Abdullah Shahaimi dan Nur An binti Hashim turut menyumbang pingat Gangsa kepada UMPSA masing-masing bagi kategori Putra A dan Putri C, walaupun tewas di peringkat Separuh Akhir mereka tetap pulang dengan gangsa apabila telah menempatkan diri 4 terbaik pada kategori masing-masing.
Terima kasih kepada kesemua pesilat UMPSA yang telah bertungkus lumus bertarung demi UMPSA selain memertabatkan khazanah melayu melalui sukan silat dan TAHNIAH apabila pulang dengan kejayaan dan kalungan pingat.
Buat Muhammad Aizat Jufri semoga cepat sembuh dan kembali ke gelanggang dengan semangat dan motivasi yang baru.
DEMI UMPSA
MAJULAH UMPSA
UMPSA BOLEH