Cabaran Pendaki Kinabalu UMPSA Bermula
Hits: 129
KOTA KINABALU, Sabah 18 September 2023 | Cabaran Kumpulan Pendaki UMPSA bagi misi menawan Puncak Kinabalu bermula hari ini apabila mereka memulakan pendakian bermula dari Kinabalu Park pada jam 8:30 pagi tadi.
Ekspedisi yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UMPSA, Professor Ts Dr Mohd Rusllim Bin Mohamed itu turut disertai oleh Ahli Pemegang Amanah UMPSA, Dato Ts Izwan Hasli Bin Mohd Ibrahim dan juga 5 orang pelajar dan seorang Alumni UMPSA dan perlepasan kumpulan pendakian ini dihadiri oleh beberapa orang Ahli Pemegang Amanah UMPSA yang turut hadir diketuai oleh Cik Farrah Ain Madzlan dan juga Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMPSA, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail bertempat di Check Point permulaan di Kinabalu GeoPark.
Destinasi pertama pendakian kumpulan ini ialah ke Laban Rata yang berada pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut yang mengambil masa antara 4-5 jam pendakian dan dijangka sampai sekitar jam 2 petang sebelum kumpulan ini akan berehat untuk menunggu pendakian seterusnya ke puncak Kinabalu seawal jam 2.00 pagi esok.
Cabaran sebenar kumpulan pendaki UMPSA ini ialah apabila pendakian ke Puncak Kinabalu apabila pendaki akan menghadapi cabaran pendakian yang curam setinggi 800meter sebelum sampai ke puncak sejauh 2.7km yang berada pada ketinggian 4,095 meter dari aras laut dan dijangka sampai ke puncak pada jam 5 pagi seterusnya mengibarkan 3 bendera iaitu Jalur Gemilang, bendera Negeri Pahang dan juga bendera UMPSA.
Kita doakan semoga kumpulan pendaki UMPSA berjaya dalam misi menawan puncak Kinabalu sempena Ulang Tahun Penubuhan UMPSA ke-21 ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Kredit Photo & Info: En Abu Sufian Mokhtar.
UMPSA Boleh
Demi UMPSA
Majulah UMPSA