UMPSA pilihan Jabatan Bomba & Penyelamat adakan latihan kompetensi.
Pekan,23 Mei; Jabatan Bomba & Penyelamat Pekan adakan latihan kompetensi di Tasik UMPSA Pekan.
Jabatan Bomba & Penyelamat daerah Pekan telah melaksanakan latihan kompetensi menyelamat di air terhadap semua pasukan penyelamat mereka bagi persediaan sebarang kemungkinan. Pada tahun ini, Jabatan Bomba & Penyelamat telah memilih Tasik UMPSA Pekan sebagai venue Latihan.
Latihan melibatkan seramai 32 orang pegawai Bomba dari daerah Pekan. Latihan kompetensi melibatkan Latihan renang & selam. Latihan ini bertujuan bagi memastikan pegawai Bomba khasnya Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sentiasa bersedia dan kompeten dalam melaksanakan operasi berkaitan kecemasan di air.
Latest News
26 March 2025
26 March 2025