FIM-Bengal Tiger "Raja Bola" UMPSA Malaysia 2024.

Gambang,19 Mei ; Pasukan bolasepak Fakulti Pengurusan Industri atau lebih dikenali sebagai FIM-Bengal Tiger mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya muncul juara Liga Super UMPSA buat kali pertama menewaskan FTKKP-Humble Bee menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.
 
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan sengit itu menyaksikan FTKKP terlebih dahulu mendahului melalui Kugen Uthayakumar pada awal babak kedua sebelum Hanif Rosidi menyamakan kedudukan pada penghujung babak kedua menyaksikan kedua dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh permainan mengheret kepada penentuan penalti.
 
Kegagalan ketua pasukan Mukhriz Shah dan Kugen Uthayakumar menyempurnakan sepakan penalti buat FTKKP menyaksikan FIM-Bengal Tiger megah menjulang piala kejuaraan buat kali pertama.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,Prof Ts Dr Rusllim bin Mohamed hadir menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Liga Super UMPSA 2024.
Turut hadir Profesor Ts.Dr.Sumaiya bt Zainal Abidin@Murad,Dekan FTKKP dan Encik Mohd Aznorizamin Bin Hj Ismail,Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA.
 
Bagi perlawanan penentuan tempat ketiga yang berlangsung lebih awal menyaksikan FTKEE-Dino Thunder cemerlang menewaskan FTKMA-Mecharhino dengan jaringan 4-2.
Penyerang utama skuad Liga IPT UMPSA,Nik Aidil Hakim membuktikan status beliau apabila muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol,3 darinya dijaringkan pada perlawanan hari ini manakala pemain sayap lincah FIM,Abdul Rahim bin Muhamad Rozi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.
 
Pusat Sukan dan Kebudayaan serta Sekretariat Sukan Pelajar UMPSA mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran kejohanan pada kali ini seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEPA),Akademi ADAB,Pusat Kesihatan Universiti(PKU),Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta(PPPH),Pusat Digital Teknologi(DiTec) dan jabatan lain yang terlibat.

Print   Email