SILAT SEABAD UM KE 14 2023: KILAUAN PINGAT DIBAWA PULANG
Hits: 303
PETALING JAYA, 5 JUN 2023 | Kontigen Silat Universiti Malaysia Pahang tidak mengecewakan apabila tidak pulang dengan tangan kosong pada Kejohanan Pendekar Silat Seabad Ke-14 Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Universiti Malaya yang telah berlangsung di Evolve Mall, Ara Damansara semalam.
Mereka berjaya membawa pulang keseluruhan dengan 3 gangsa dan paling membanggakan 1 emas berjaya dibawa pulang.
Gangsa pertama melalui Nurhaiqal Faqrur Islam bagi kategori Kelas D Tanding Putra IPT selain 2 lagi gangsa disumbangkan oleh Muhammad Asyraf Mohd Yatim bagi kategori Kelas C Putra IPT dan Abang Mohd Faadhilah Awang Ahmad bagi kategori Kelas H Putra IPT.
Muhammad Nazrisyam Mohd Yassim paling cemerlang dan menambah keceriaan bagi kontigen UMP apabila merangkul Emas bagi kategori Kelas C Putra IPT apabila menewaskan pesilat dari UiTM Elite pada pertarungan yang berlangsung agak sengit dan mendebarkan.
Menurut Penyalaras Pasukan Silat UMP, Nor Azazi Mamat, sasaran kejohanan kali ini boleh dikatakan tercapai apabila pesilat-pesilat yang telah diletakan harapan telah berjaya menghasilkan sesuatu kepada kontigen dan ini amat menggembirakan keseluruhan pasukan.
‘ Ini akan dijadikan platform untuk memilih pesilat yang akan mewakili UMP pada cabaran seterusnya iaitu Kejohanan Sukan MASUM yang akan berlangsung pada Ogos di UTEM, Melaka nanti, dan saya boleh katakan, hampir kesemua pesilat yang dibawa ke kejohanan ini layak untuk dibawa ke Sukan Masum nanti’, tambahnya lagi.
Semoga kontigen Silat UMP akan meneruskan kecemerlangan ini pada kejohanan-kejohanan yang akan datang dan diharapkan akan terus meningkatkan usaha untuk meraih lebih banyak kejayaan.
UMP Boleh
Majulah UMP