PSK LAKSANAKAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KOMUNITI SETEMPAT

 
 
Satu Program ‘Corporate Social Responsibility’(CSR) untuk komuniti setempat telah dilaksanakan oleh PSK UMPSA bertempat di SMK Bukit Rangin, Kuantan pada 22 Januari 2024 semalam.
Program yang merupakan salah satu Pelan Strategik PSK ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran dan pengetahuan mengenai elemen Kecergasan bertajuk ‘Program Kecergasan Sukan Dan Intervensi Kesihatan’ itu telah diadakan dengan kumpulan sasaran iaitu pelajar Tingkatan 1 dan 2 seramai 289 orang pelajar di ketuai oleh Pegawai Belia Dan Sukan UMPSA, En Muhammad Eizat Bin Mokhtar dan juga 2 lagi staff PSK yang lain.
 
Sepanjang program tersebut berlangsung beberapa aktiviti ilmiah yang menjurus kepada kesedaran dan pengetahuan mengenai Kesihatan dan Kecergasan telah dicurahkan kepada para pelajar sekolah tersebut selain aktiviti cabaran yang menguji sejauh mana kefahaman pelajar-pelajar ini dalam aktiviti yang melibatkan kecergasan dan ketajaman minda.
Respond yang sangat positif telah diberikan oleh pelajar-pelajar ini selain pihak pengurusan sekolah mengharapkan program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap, justeru itu, program seperti ini akan diadakan lagi pada minggu hadapan iaitu pada 29 Januari 2024 yang akan mensasarkan pula pelajar tingkatan 3,4 dan 5.

Print   Email