Tahniah atlit berbasikal UMPCT, Saudara Zuhairi Mazlan apabila menempatkan diri dalam kelompok 5 terbaik bagi pelumbaan bukit pada Peringkat Pertama Le Tour De IPT dari Kolej Komuniti Segamat ke Utem, Melaka sejauh 96.4km pagi tadi seterusnya layak untuk disarungkan jersi Perlumbaan Polka Dot iaitu kelompok Raja Bukit.
Beliau membawa pulang hadiah saguhati RM100 yang telah disampaikan oleh pegawai kanan UTEM dan juga KPT pada penutup peringkat pertama tengahari tadi.
Begitu juga dua orang lagi pelumba UMPCT apabila menempatkan diri kelompok 15 terbaik perlumbaan apabila berkedudukan tempat ke 10 dan ke 11 iaitu Muhammad Lukman Alhakim Zulkifili yang mencatat masa 2 jam 18 minit 41 saat dan Asyrafulkhair Aseb yang mencatat masa yang sama.
Tahniah kesemua pelumba UMPCT. Semoga peringkat kedua Kreterium (perlumbaan catatan masa) pada hari esok mereka dapat memperbaiki lagi kedudukan terbaik mereka.