KECEDERAAN SEKAT HAJAT NURUL ASHIKIN.
Hits: 198
IPOH, 9 MAC 2024- Hajat atlit olahraga wanita UMPSA, Nurul Ashikin Hussin untuk menyumbang pingat kedua untuk UMPSA terbantut apabila kecederaan Achilis Tendon menghantui atlit tersebut menyebabkan beliau gagal menghabiskan larian pada acara larian 5,000m wanita pada Kejohanan Varsity Track & Field 2024 Sirkit I yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh semalam.
Beliau yang juga atlit negara dan prospek atlit ke Kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG), Surabaya pada Jun nnti mengalami kecederaan pada 2000m terakhir apabila mengalami kesakitan dan diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan.
Sehari sebelum itu, Nurul Ashikin berjaya merangkul pingat Perak bagi acara 5000m Berjalan Kaki (W) setelah mencatatkan masa 30m52s dibelakang atlit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Putri Yasmin Mohd Pisol yang merangkul emas dengan catatan masa 30m37s sementara gangsa diraih oleh atlit Management & Science University (MSU), Darshini Gobi dengan catatan masa 41m40s.
Walau bagaimana pun ini bukanlah catatan masa yang terbaik beliau kerana pernah mencatatkan masa yang lebih baik dan meraih Emas pada kejohanan yang sama pada 2023 lalu.
‘Saya perlukan sedikit masa untuk bangkit semula, tambahan kecederaan ini sedikit menganggu prestasi saya. Saya harapkan dapat kembali cergas dan sembuh seperti sedikala dan bersedia untuk sirkit selepas ini dan merebut tempat untuk ke AUG nanti’, jelas Nurul Ashikin lagi.
Semoga beliau segera sembuh dan kembali dilandasan yang tepat untuk menyumbang pingat untuk UMPSA dan juga negara pada AUG nnti.