π”πŒπ π’π„π‘π“π€πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 π’π”πŠπ€π πƒπˆ π’π”πŠπ”πŒ πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ’πŸ’

12 September 2022 | UMP PEKAN
Naib Canselor UMP, Prof. Dato' Ts, Dr. Yuserrie Zainuddin hari ini telah menyerahkan bendera UMP kepada Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UMP merangkap Ketua Kontinjen UMP, Saiful Bahri Ahmad Bakarim yang akan menyertai Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) bermula pada 16-24 September 2022 nanti di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.
Β 
Majlis turut dihadiri Pengurus Kanan PNC, merangkap Timbalan Ketua Kontinjen UMP di SUKUM, Abd Rahman Hj Safie dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Aznorizamin Ismail.
Naib Canselor UMP, Prof. Dato' Ts, Dr. Yuserrie berkata pada tahun ini UMP menghantar sebanyak sembilan acara sukan yang terdiri daripada memanah, ping-pong, petanque, golf, futsal, bola tampar, hoki, tempin boling dan acara berbasikal.
Β 
"Saya hargai usaha dan latihan semua pasukan samada siang atau malam demi mengharumkan nama UMP,”
"Menang atau kalah, itu sudah menjadi lumrah kehidupan, tetapi obor perjuangan jangan sekali kita pada padam sebelum berjuang,” katanya.
Tambahnya lagi dalam bersukan atau bertanding seharusnya mengunakan akal dan strategi. Justeru kemenangan dalam pertandingan adalah berdasarkan kepada daya tahan yang tinggi (excellent fitness), fokus yang berterusan, emosi yang teratur dan strategi yang jelas.
Jadi jelasnya strategi yang digarap oleh sesebuah pasukan menuntut kepada penelitian oleh para jurulatih dan pengurus pasukan.
Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrurrazi Ishak yang merupakan atlet sukan berbasikal UMP.
Β 
Kredit : Facebook UMP Malaysia

Print   Email