123 atlet bawa cabaran UMP ke MASUM Fasa 1 2020
Kuantan,29 Januari- Seramai 123 orang atlet dan 25 pegawai dan pengurus pasukan akan membawa cabaran UMP di Kejohanan Sukan MASUM 2020 Fasa 1 bermula 30 Januari hingga 6 Februari 2020 di UiTM Perlis.Kontinjen UMP menyertai 9 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Ragbi,Sepak Takraw,Bola Keranjang 3 x 3,Catur,Silat,Ping Pong,Karate,Tenis dan Badminton.
Ketua Unit Persediaan Atlet UMP,Abu Sufian Bin Mokhtar berkata,untuk kejohanan kali ini UMP mensasarkan kutipan pingat 2 Emas,2 Perak dan 1 Gangsa dari keseluruhan acara yang disertai.Beliau yang ditemui di Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UMP dan Perlancaran Baju Elgineers 3.0 di Kompleks Sukan UMP Gambang juga memaklumkan kesemua acara yang dihantar pada kali ini dipilih berdasarkan pencapaian pada kejohanan sebelum ini dan yakin dapat memberi saingan sengit pada kontinjen lain.
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UMP dan Perlancaran Baju Elgineers 3.0 disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan,Prof.Dato' Major (K) Ts. Dr. Rosli Bin Abu Bakar.Turut hadir Ketua Bahagian Sukan UMP, Mohd Aznor Izamin Bin Ismail serta semua pegawai Pusat Sukan dan Kebudayaan.
Pada majlis ini juga Pusat Sukan dan Kebudayaan telah melancarkan baju Elgineers 3.0 yang akan digunakan untuk kontinjen UMP pada MASUM Fasa 1 ini.Elgineers 3.0 adalah versi ketiga persalinan atlet dan pegawai yang mewakili UMP kejohanan sukan sepanjang 2020 hingga 2022.Ianya mula diperkenalkan pada 2015 dan sudah memasuki kali ketiga revolusi perubahan bagi membawa semangat perjuangan demi nama UMP kepada para atlet UMP.
Disediakan oleh Mohd Farid Bin Md Ali untuk Portal Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP