UMP, RDAM DAN KELAB EKUESTRIAN TG. LUMPUR JALIN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUDA.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) jalin kerjasama dengan pihak Riding For The Disabled Association Malaysia (RDAM) dan Kelab Ekuestrian Tg. Lumpur dalam perkongsian kepakaran dan perkhidmatan berkuda dalam membantu pelajar dan golongan OKU.
 
UMP diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
Manakala RDAM diwakili oleh Setiausaha Kehormat, Johari Lee dan Presiden Kelab Ekuestrian Tanjung Lumpur, Dato’ Dr. Ahmad Shukri Haji Ismail.
 
Kolaborasi ini memberi ruang dalam usaha untuk memajukan aktiviti berkuda di UMP dan aktiviti kesukarelawanan bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas dalam memberi terapi kepada mereka untuk pulih.
 
Dengan khidmat sukarelawan ini juga bakal memberikan kepakaran terlatih, menambah baik elemen penyelidikan universiti serta memperkasakan kemahiran insaniah pelajar UMP dalam menyumbang peranan dalam pembangunan komuniti.
 
Foto oleh Zaffaruddin
Sumber : UMP Malaysia

Print   Email