PSK UMPSA ANJUR KLINIK PENGENALAN SUKAN GOLF.

 
 
 
 
 
Pusat Sukan & Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Klinik Pengenalan Sukan Golf Siri 1 kepada staff yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Batu 9 Kuantan.
 
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada staff UMPSA telah hadir menyertai program tersebut yang memberi pendedahan dan pengenalan asas kepada permainan sukan Golf dan ini merupakan kali pertama program seperti ini dianjurkan khusus utk staff UMPSA.
 
Menurut Pengarah Program yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar program tersebut, En Abu Sufian Bin Mokhtar program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staff UMPSA yang ingin menceburi dan mencuba sukan golf selain menghapus stigma bahawa sukan ini hanya untuk golongan berada dan berkemampuan sahaja.
 
‘Tujuan PSK menganjurkan program ini adalah untuk memberi peluang kepada staff yang berminat menceburi sukan golf yang dapat membentuk disiplin diri dan mengawal emosi kerana sukan golf ini merupakan sukan yang memerlukan kesabaran dan perlu mengikut teknik dan cara yang betul untuk memastikan bola yang dipukul sentiasa ke depan’ jelas En Abu Sufian.
Sementara itu, Pengarah PSK En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail yang turut hadir pada program tersebut menjelaskan lebih banyak lagi program sukan pengenalan yang akan dianjurkan selepas ini.
‘Insya Allah, program ini akan dilanjutkan kepada siri yang kedua dan seterusnya untuk memastikan ada kesinambungan dan progress peserta yang telah menyertainya sebelum ini, bahkan bukan sukan golf sahaja, tetapi sukan-sukan lain juga akan dianjurkan program pengenalan seperti ini’, ujarnya lagi.
 
Semoga para peserta yang hadir pada program ini mendapat manfaat dan dapat mempelajari sesuatu yang baru melalui latihan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Jumpa lagi pada Siri 2 nanti.
DEMI UMP
MAJULAH UMP
UMP BOLEH

Print   Email