KLINIK GOLF SIRI 1 DILANCARKAN

KUANTAN ,27 MEI 2023 |- Dalam usaha pencarian bakat baru dan memperkenalkan sukan golf kepada anak-anak muda, satu Klinik Golf Siri 1 anjuran Akademi Golf Negeri Pahang (AGP) telah diadakan dan dilancarkan pagi tadi bertempat di Mahkota Golf And Country Club, Kuantan.
 
Berobjektifkan untuk memperkenalkan sukan golf kepada anak-anak Pahang yang berusia bermula 10 sehingga 15 tahun ini diharapkan dapat dijadikan sebagai langkah pertama AGP untuk melahirkan ramai pemain golf amatur mahupun profesional pada masa akan datang dan untuk siri pertama ini, seramai 52 orang anak-anak muda Pahang tampil hadir mendapatkan ilmu sukan Golf.
 
Hadir pada majlis perasmian klinik tersebut ialah Exco Komunikasi dan Multimedia,Belia Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Yang Berhormat En Fadzil Mohamd Kamal selain Pengarah Majlis Sukan Pahang, En Zamri Hassan, Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Hj Ismail dan Pengarah Akademi Golf Nasional (UUM), Prof Madya Dr Zaherudin Othman.
 
Program ini juga merupakan rentetan dari usaha kerajaan negeri Pahang yang ingin menjadikan negeri Pahang sebagai Pusat Kecemerlangan Golf dengan penubuhan Akademi Golf Negeri Pahang yang telah dirasmikan oleh YAB, Menteri Besar Pahang pada September 2022 semasa pelancaran Pahang Pride Athlete dan UMP diberi tanggungjawap sebagai penyelaras Akademi tersebut.
 
Program klinik ini merupakan program yang kedua yang telah dilaksanakan oleh Akedemi Golf Negeri Pahang selepas penganjuran Kejohanan Golf Remaja Tertutup Pahang 2023 yang telah diadakan pada Mac yang lalu bertempat di Kelab Golf DiRaja Pahang.
 
Semoga usaha dan kolaborasi kesemua pihak iaitu kerajaan negeri Pahang, Majlis Sukan Pahang dan Universiti Malaysia Pahang ini dapat melahirkan lebih ramai atlit golf amatur mahupun profesional di negeri Pahang khasnya dan negara pada amnya.
 
UMP Boleh
Majulah UMP

Print   Email