FTKPM,FIM KUASA BAHARU OLAHRAGA UMP,RANGKUL KEJUARAAN BERSAMA TEMASYA OLAHRAGA UMP Malaysia 2023.

KUANTAN,17 June 2023 | Fakulti Kejuruteraan Teknologi Pembuatan Dan Mekatronik (FTKPM-THE GRYPHON) dan Fakulti Pengurusan Industri (FIM-BENGAL TIGER) muncul Juara Bersama Temasya Olahraga UMP 2023 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur,Kuantan semalam.
 
Kedua dua kontinjen berjaya merangkul 5 pingat emas,2 pingat perak dan 3 pingat gangsa daripada keseluruhan 24 acara trek dan padang yang dipertandingkan pada kejohanan kali ini.FTKPM-THE GRYPHON mengungguli acara 3000 Meter Wanita,1500 Meter Lelaki,800 Meter Lelaki,Lompat Jauh Lelaki dan 4x400 Meter Lelaki manakala FIM-BENGAL TIGER unggul bagi acara 1800 Meter Wanita,4x400 Meter Wanita,100 Meter Wanita,200 Meter Wanita dan 4x400 Meter Wanita.
 
Nurul Shahizanadwa Binti Ahmad Salihin dari FIM-BENGAL TIGER muncul Ratu Pecut UMP apabila muncul pemenang bagi acara 100 meter wanita dengan catatan masa 15.9 saat manakala gelaran Raja Pecut UMP 2023 dimenangi oleh pelari dari FTKEE-DINO THUNDER,Syahmi Afiq Bin Kamaruzaman dengan catatan masa 12.0 saat.
 
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Besar (HEPA) Puan Haryani Abudullah dan juga Setiausaha Kerhormat Persatuan Olahraga Negeri Pahang (POP) Dato’ R Anamalai.Turut hadir En. Nur Adam Maximillian,Pegawai Belia Dan Sukan Kanan mewakili Pengarah Pusat Sukan UMP.
 
Seramai 500 pelajar terlibat dalam kejohanan kali ini melibatkan atlet dari 9 fakulti dan sukarelawan petugas teknikal kejohanan.

Print   Email