PEMBUKAAN SEMULA GIMNASIUM DI KSU, KAMPUS GAMBANG, DAN GIMNASIUM DI RP, KAMPUS PEKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) telah membuka semula gimnasium di Kompleks Sukan Universiti (KSU), Kampus Gambang dan gimnasium di Residen Pelajar (RP), Kampus Pekan untuk kegunaan seluruh warga Universiti Malaysia Pahang (UMP), terutamanya mahasiswa. Waktu operasi bagi kedua-dua gimnasium adalah seperti berikut:



Hari : Isnin – Jumaat
Masa: 9:00 pagi - 4:00 petang
Tempat: KSU, Kampus Gambang

***Nota: Gimnasium SISWI di Kampus Gambang masih ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, pihak PSK telah menyediakan jadual berkala agar mahasiswa dan mahasiswi sama-sama dapat menggunakannya, iaitu seperti berikut:_

Lelaki: Isnin, Rabu, dan Jumaat
Wanita: Selasa dan Khamis

3. Dengan pembukaan semula gimnasium ini, diharap semua pengguna dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak PSK dan memberi semangat baharu kepada mahasiswa untuk menjalankan aktiviti senaman, sekali gus memupuk gaya hidup sihat di UMP.

Terima kasih.


Print   Email